Aku tertarik dengan satu isu yang didedahkan oleh Erma Fatimah didalam Al-Islam keluaran mac 2009. Beliau mendedahkan bahawa badan korporat Malaysia enggan menaja persembahan berunsur islam. Hal ini terjadi semasa beliau mahu mencari penaja untuk persembahan teater muzikal "Sirah Junjungan" yang bakal diadakan di Istana Budaya.
Alasan yang diberikan oleh badan korporat tersebut adalah kerana bimbang perkaitan mereka dengan sesuatu yang berunsur islam itu akan mendatangkan "masalah" kepada mereka. Beliau juga cuba mendapatkan tajaan daripada bank bank yang menawarkan produk islam tetapi hasilnya juga sama.
Hal ini menunjukkan bahawa badan korporat Malaysia yang lebih layak dipanggil Keparat sememangnya enggan membantu perjuangan islam. Mereka sanggup menaja sehingga ratusan ribu ringgit asalkan program itu hanya bersifat hiburan yang melalaikan. Inilah masalah yang dihadapi dinegara ini walaupun ianya tidak ketara dipandangan masyarakat awam.
Aku tidak hairan sekiranya pihak keparat itu daripada keparat keparat kafir tetapi adalah sungguh memalukan sekiranya keparat melayu islam turut sama tidak mahu membantu. Keparat keparat ini hanya mahu membantu sekiranya ianya memberikan keuntungan dunia dan nama.
Contoh terbaik adalah semasa kutipan derma untuk tabung Palestin. Berpuluh tokoh keparat dengan muka tersenyum bangga memegang replika cek sebesar papan tanda jalan kononnya "ikhlas" menderma untuk Palestin. Itupun sebab muka keluar TV dan akhbar. Kalau tidak, jangan haraplah mereka nak membantu.
Golongan keparat ini hanya mempergunakan nama islam untuk melariskan produk mereka. Sekiranya untuk pembangunan dan kemajuan islam semata mata, jangan haraplah.
Bagaimanapun alhamdulillah masih ada segelintir badan korporat yang benar benar ikhlas membantu perjuangan islam dan orang islam.
Semua pengunjung blog dijemput menonton teater "Sirah Junjungan" yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada 9 - 22 Mac nanti.
5 comments:
Nak buat benda baik, memang banyak ujiannya.
Biasa lah tu bro...kalau yg dibuat menguntungkan pasti berlumba2 nk buat...kalu poket tak masyuk...sori arrr...koporat tu hnya pk masyuk jer...
nama je malaysia negara islam..memalukan huhuhu
Kalau keparat tak nak bantu, kenapa tak minta drp Jutawan UMNO yang selalu melaungkan Islam?
Anak Paklah jutawan.
Adik Najib Jutawan
Takkanlah beli adun berjuta-juta untuk lompat parti mampu, nak batu perjuangan Islam tak mampu?
eHa, mai dah orang belah sana. Oi Timah, kalau hang banyak duit, hang tolong, jangan pusing merata.
Post a Comment