Tak sampai sebulan kerajaan menutup dua buah tol dengan alasan untuk mengurangkan beban rakyat serta ianya tidak menguntungkan, kini kerajaan menaikkan harga tol yang lain untuk menampung penutupan tol terbabit. Alasannya adalah harga yang tersebut sepatutnya dinaikkan pada Januari 2008 tetapi ianya ditanggungkan diatas masalah harga minyak dunia ketika itu.
Sebenarnya aku dah jangka perkara sebegini akan terlibat. Tak kiralah sama ada dari tol, cukai mahupun benda lain, kerajaan pasti akan mengambil tindakan untuk mengantikan kerugian yang diterima sebaik tol berkenaan ditutup. Aku ingat lagi pesanan Master Karate aku dahulu.
"Tidak ada yang percuma diatas dunia ini. Semuanya perlukan duit. Kalau malas belajar dan berusaha, hidup kamu pasti susah nanti."
P/S :Berita Terbaru
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau akan meminta Kabinet menimbang semula kenaikan tol di lima lebuh raya yang akan dinaikkan di antara 0.68 sen hingga 50 sen berkuatkuasa 1 Mac ini kerana kenaikan itu tidak sesuai dalam keadaan sekarang.
“Kajian semula adalah perkara terbaik yang perlu dilakukan. Selepas itu kita akan buat keputusan yang wajar,”
Abdullah berkata walaupun kenaikan itu selaras dengan terma perjanjian konsesi yang ditandatangani antara pihak kerajaan dan pemegang konsesi lebuh raya berkenaan, kelulusan yang diberikan Kabinet beberapa minggu lepas mungkin tidak sesuai dengan situasi sekarang.
“Walaupun dipertimbangkan daripada segi syarat-syarat konsesinya patut dinaikkan, tetapi situasi pada masa sekarang ini tidak wajar dinaikkan kerana keadaan rakyat yang susah,” katanya.
Sebaliknya, beliau berkata satu pendekatan baru akan dicari untuk menangani isu itu, termasuk peruntukan dalam pakej ransangan kedua yang akan dibentangkan di Parlimen 10 Mac. - Bernama
3 comments:
SALAM BRO..
FUH TERTEKAN SUNGGUH DENGAN KENAIKAN NI....
EMMM KITA PAKAT TENGOK APA TINDAKAN KERAJAAN...
NI PUN MACAM ADA GAME DI SEBALIK KENAIKAN TOL NI....
KARPAL.???? http://gomo-no1.blogspot.com/2009/02/karpal-singh-anak-haramjadah.html
biasalah mana mana kerajaan mesti tak tolak duit bro. kita tengok jelah tindakan kerajaan lepas ni sama ada bijak atau tidak.
kalau kerajaan buat lagi tindakan "bodoh" yang merugikan rakyat, tak dapat lagi dah kita nak tolong depa semua lepas ni.
Nasib baik kadar kenaikan itu telah dibatalkan encik. Subsidi lagilah nampaknya no encik?
Post a Comment