Akhirnya teka teki di Perak telahpun tamat. Bagaimanapun penamatannya juga menamatkan pelayaran sebuah bahtera PR kepunyaan Anwar. Namun sayangnya masih ada orang melayu yang masih belum sedar. Mereka masih terjerit jerit melaungkan bantahan. Bukan setakat terhadap BN malah membantah keputusan DYMM Sultan Azlan Shah selaku Sultan Perak.
Rusuhan orang melayu PAS juga mencerminkan satu sikap buruk mereka. Tindakan merusuh seolah olah mencerminkan itulah ajaran islam. Merusuh, merosakkan harta benda dan menyusahkan orang lain hanya memburukkan pandangan orang bukan islam terhadap ajaran islam. Sungguh memalukan.
Kenyataan biadap seorang "OKU bangsa asing" sila klik yang mahu menyaman Sultan juga mencerminkan kecetekkan dan betapa busuknya hati dan kebencian "orang orang" sila klik ini terhadap orang melayu. Hanya kerana Sultan Perak merestui penukaran kerajaan PR, mereka sanggup menghina institusi kesultanan melayu.
Aku ucapkan tahniah kepada Datuk Dr Zambry Abdul Kadir kerana menjawat jawatan Menteri Besar yang baru. Diharap beliau dapat memulihkan semula keyakinan rakyat Perak terhadap BN dan menjalankan tugas dengan adil.
7 comments:
berapa banyak tanah melayu yg telah UMNO gadaikan.... lihat dimanakah tanah simpanan melayu... semuanya habis digadai UMNO...
Kau jangan nak tuduh membabi buta, tunjuk aku mana buktinya? Yang aku tau Nizar dan Anwar la yang telah menggadaikan PERAK.....
Dont talk cock ok
Nizar silap percaturan apabila menggadaikan tanah kepada cina. Dia juga lemah didalam pentadbiran. Hanya boneka dap.
dia juga tak seperti MB kedah yang tegas walaupun sama parti.
Hello, jangan nak menuduh. PR yang gadaikan tanah. 999 tahun puak tu.
kepada semua, bukan semua orang cina bersikap begitu. Saya orang cina, jadi saya tau. Tetapi itulah kerana setitik nila, habis rosak.
jangan sedih saudara salju. Semua manusia tak kira apa bangsa mesti ada yang baik dan jahat.
Oh tidak tapi sekadar ingin memberitahu yang bukanlah semua orang cina di Malaysia sebegitu rupanya. Cuma beberapa kerat bangsat ni sahaja yang membuat onar kejahatan.
Bukan setakat tanah sahaja yang telah diberikan kepada tauke-tauke Cina oleh Umno demi mengambil hati kaum itu (termasuk 22,000 ekar - ya! dua puluh dua ribu ekar - tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung; 5,000 ekar di Bruas; 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru, Kampar (UTAR); 12,000 ekar kepada semua petani Cina di Coldstream, Bikam, Bidor; 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong - sekarang milik YTL kerana digadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! - dan banyak lagi jumlah yang kecil di seluruh negeri Perak) dan tak pernah didengar ada bangsawan yang sebak dan mengeluarkan air mata buaya.
Post a Comment