Geng Bas Sekolah

January 18, 2009

Tahniah Untuk PAS


Tamat sudah pilihanraya Kuala Terengganu. Jika sebelum PRU12, PAS kelihatan sebagai parti lemah atau uzur namun kini ia kembali muda dan bersemangat. Kali ini tiada lagi kata kata retorik, tiada lagi tindakan membabi buta. Dan akhirnya PAS berjaya mengambil hati pengundi.

Kemenangan PAS juga disebabkan UMNO yang mengalami banyak masalah dalaman. Tindakan Ezam hanya memburukkan lagi keadaan. Surat yang diuar uarkan tidak lagi menarik perhatian kerana Di Kuala Terengganu bukanlah isu Anwar atau PKR tetapi isu PAS.

Tambahan pula Wan farid adalah bekas setiausaha politik PakLah dimana setiap orang yang dilihat mempunyai kaitan dengan PakLah dianggap kroni. Dan ini membuatkan orang semakin jauh dari UMNO. Mereka mahukan calon yang benar benar bebas dari bayangan PakLah.

Bagaimanapun tahniah diucapkan kepada PAS. Dan buat UMNO srta BN khususnya, kita hendaklah bermuhasabah diri selepas ini. Teliti segala kelemahan, perbaiki dan usahakan yang terbiak untuk rakyat. Selepas ini diharapkan isu rasuah didalam parti hendaklah dicantas sebersih bersihnya. Hadapkan mereka yang terlibat walaupun bergelar dato, tan sri ke muka pengadilan.

Kalau politik wang tiada, insyaalah kita akan menang besar pada PRU 13. Tahniah sekali lagi kepada PAS.

4 comments:

Anonymous said...

Sokong.. Hapuskan rasuah. Hapuskan kronisme.. Jadikan kekalahan satu pengajaran. Dengar cakap org berpengalaman.

Tai said...

Ha, sokong tu encik. Jangan main duit. mati esok duit tak teman hampa. yang teman hampa tu lain.

Al-Rashid Zulkefli said...

Salam Semua.

Ini kita harus tanyakan kepada mereka yang punya "hidden agenda" (Ahli UMNO).

Apa yang saya perhatikan, berbondong-bondong ahli UMNO "berkampung" di KT namun hasilnya masih sama seperti di Permatang Pauh. Apakah ini tanda yang perjuangan UMNO kian "malap" atau hanya tinggal tunggu "dibacakan talkin" (seperti buku tulisan Pak Habib)????

Tidak, semestinya tidak!!! Adat bertanding, kalah menang adalah tradisi. Selesaikan masalah, bukan menuding jari. Sampai bila kita harus "melagukan" Bangau Oh Bangau yang tiada kesudahan.

Natijahnya, adalah kepada kami sebagai pewaris anda semua!!!! Apa pula yang harus kami jawab kepada generasi seterusnya??? Masih perlukah Bangau Oh Bangau ini berdondang hingga ke hari kiamat????

Kalah bukan bererti tewas, menang bukan bererti juara!!! Tidak kira siapa pun yang menang di Parlimen KT, "kerakusan" mereka yang punya "agenda tersembunyi" itu yang harus kita persoalkan!!!

Maafkan saya jika ulasan ini terlalu panjang atau berbelit-belit. Sesungguhnya, diri ini masih naif kepada isu-isu yang "dipolitikkan".

Anonymous said...

Terima kasih diatas komen anda semua. Benar kata kata meet uncle shah. kalah tak bererti tewas, menang tak bererti juara. Menang dan kalah adat pertandingan.

tapi disebalik kekalahan, kita perlu meneliti semula kesilapan yang kita lakukan. Masih ada ruang untuk kita perbaiki kesilapan kita.