Geng Bas Sekolah

January 29, 2009

Najib Pertahan Putera / Puteri UMNO

Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen :

Gejala politik wang dalam parti itu boleh dibendung jika pemilihan di dalam parti dapat dikurangkan, termasuk memansuhkan sayap-sayap parti, terutamanya yang baru ditubuhkan.

Anggota Puteri dan Putera yang rata-rata masih terlalu muda sepatutnya memberikan tumpuan kepada pelajaran dan bukannya terlibat di dalam arena politik.

"Puteri dan Putera ini sepatutnya mementingkan pelajaran, bukan masanya untuk mereka terlibat dalam politik, kalau hendak bagi pendedahan pun janganlah terlalu awal.

"Mereka ini masih umur belasan dan awal 20-an," katanya yang mengakui ada anggota sayap itu yang terlibat politik wang tetapi setakat ini tidak ada mana-mana pihak yang tampil membuat aduan.

"Kita bergantung kepada orang muda untuk membawa negara kita pada tahap yang tinggi dan bertanding dengan negara lain, kalau nak berpolitik, tak de kerja lainlah, politik sahaja," katanya.

Beliau juga berpendapat sistem kuota yang diamalkan sekarang perlu dimansuhkan kerana ia membawa akibat buruk kepada parti dari aspek gejala politik wang, lapor agensi berita itu lagi.

Seseorang ahli perlu mendapat sejumlah pencalonan dari bahagian-bahagian untuk layak bertanding jawatan-jawatan utama dalam Umno.
Datuk Seri Najib Tun Razak :

Umno tidak akan memansuhkan sebarang sayap parti kerana ia memainkan peranan penting dalam menggilap bakal pemimpin dan menyediakan mereka untuk menerajui parti itu pada masa hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita tidak boleh ketepikan peluang mereka (pemimpin sayap Umno) untuk tunjuk bakat kepimpinan.

“Kalau mereka tidak diberi peluang untuk memimpin, maka kita tidak boleh bangunkan pemimpin baru,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas cadangan Pengerusi Lembaga Displin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail semalam agar struktur Umno disusun semula dengan membubarkan kesemua sayap parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri, bagi membanteras gejala politik wang.

“Kedua-dua sayap ini memainkan peranan penting dalam parti (dan dengan) Puteri pula diwujudkan beberapa tahun lepas, ini adalah satu struktur yang lengkap. Kalau ada masalah politik wang, kita kena perkukuhkan penguatkuasaan.

“Bukan hanya itu, kita juga perlu menanam nilai-nilai baik yang membolehkan seseorang pemimpin itu menolak politik wang. Kedua-duanya, iaitu penguatkuasaan dan menanam nilai-nilai yang baik perlu berjalan seiring,” kata Najib.


Itu sedikit sebanyak kenyataan yang dikeluarkan oleh dua orang atasan UMNO. Secara peribadi aku tidak menyokong mana mana pihak tetapi ada diantara kenyataan Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen itu adalah benar terutama berkaitan dengan masa depan golongan putera dan puteri UMNO.

Mereka sepatutnya menggunakan masa muda dengan belajar dan bukannya terlibat dengan politik. Peranan putera UMNO pula secara jujur, aku tak nampak apa apa. Selain itu, sistem kuota perlu turut dihapuskan kerana ia tidak membawa sebarang faedah kepada ahli UMNO.

Namun begitu aku juga tidak bersetuju sekiranya ianya dibubarkan. Aku percaya politik wang tidak berlaku dikalangan mereka cuma ianya berlaku dikalangan "orang orang besar" dimana mempunyai duit yang banyak. Masakan ahli puteri yang berusia 20 an mempunyai sejumlah wang yang begitu banyak untuk meraih undi?

Aku cuma berharap sebagai ahli puteri/putera agar tidak terlalu taksub dengan politik sehingga melupakan tanggungjawap kepada keluarga dan pelajaran. Mereka seharusnya menumpukan sepenuhnya kepada pelajaran dan hanya ikut semasa kempen pilihanraya sahaja. Itupun dengan syarat agar ianya tidak mengganggu masa belajar mereka.

3 comments:

Tai said...

Ya setuju kalau sistem quota dihapuskan.

Anonymous said...

terima kasih diatas persetujuan anda

kingpahat said...

Gua SETUJU gak.