Geng Bas Sekolah

January 9, 2009

Kezaliman Terus Berlaku


Beberapa hari ini, aku tidak melayari internet kerana pergi bercuti di Langkawi. Setelah pulang semalam, aku segera melayari blog blog rakan seperjuangan (BPN) , pembangkang mahupun neutral.

Rata rata mereka melontarkan kebencian terhadap Israel serta mengajak rakyat Malaysia untuk memboikot produk dari Amerika serta Israel. Malah Tun Mahathir sendiri juga mengeluarkan kenyataan yang sama.

Bukanlah aku hendak mempelecehkan tindakan mereka tetapi berapa banyak yang mampu kita tolak barangan mereka sedangkan kita sendiri adalah pengguna utama produk mereka. Seperti contoh KFC dan Mc'd. Berapa ramai yang sanggup memboikot KFC dan Mc'd sedangkan mereka amat mengemari makanan dari syarikat berkenaan? Dan apakah pilihan yang mereka ada untuk menukar selera dari KFC dan Mc'd?

Pada zaman globalisasi atau "dunia tanpa sempadan" ini, amat sukar untuk kita menolak kehadiran produk dari Amerika. Malah kita juga amat memerlukannya kerana negara kita atau negara islam lain tidak menghasilkan produk sedemikian.

Inilah yang menjadi masalah utama kita. Rata rata negara islam bukanlah menjadi negara pengeluar sebaliknya negara pengguna. Dan status ini membuatkan kita tersepit ibarat "diluah mati emak, ditelan mati bapak."

Hanya satu cara yang benar benar berkesan iaitu menghentikan ekspot minyak kepada Amerika dan Israel. Untuk melaksanakan tindakan ini sepatutnya tidak menjadi masalah kerana negara islam adalah pengeluar minyak utama dunia. Pemimpin Arab perlu berani dan tegas didalam tindakan ini. Hanya inilah satu satunya cara untuk menunduk dan menghentikan keganasan Amerika dan Israel.

Tanpa minyak, mereka terpaksa tunduk kepada dunia islam. Amerika dan Isral tidak boleh memaksa kita untuk menjual minyak kepada mereka. Sekiranya mereka ingkar dan memerangi kita, maka inilah masa yang sesuai untuk kita menentang mereka secara terbuka (berperang) kerana adalah menjadi hak kita untuk menjual minyak kepada sesiapa yang kita mahu.

Walaubagaimanapun setiap tindakan yang diambil seperti memboikot barangan mereka adalah tetap satu perjuangan. Selain itu, wang ringgit, ubatan serta doa dari kita juga adalah satu perjuangan. Semoga rakyat Palestin tetap tabah mengharungi penderitaan ini.

6 comments:

torashah said...

Salam...berita terkini...

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Persatuan Ulama Malaysia (PUM) hari ini membuat laporan polis terhadap laman web Malaysiakini kerana menyiarkan satu rencana yang menghina pemimpin Islam serta memperlekehkan usaha rakyat di negara ini memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang kini ditindas rejim Israel.

Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi PUM Cawangan Wilayah Persekutuan, Mohamad Hadi Ahmad Talhah di Balai Polis Brickfields di sini pada pukul 2 petang.

Turut disertakan dalam laporan tersebut, satu salinan rencana yang berjudul Abdullah's anti-Israel Posturing yang disiarkan dalam portal tersebut kelmarin.

Menurut Mohamad Hadi, rencana itu yang ternyata menyokong tindakan Israel telah mengguris hati serta membangkitkan kemarahan orang Islam.

''Berikutan itu, PUM meminta Malaysiakini supaya menarik semula rencana terbabit serta-merta dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

''Jika tidak, kami minta kerajaan bertindak tegas dengan menggantung atau menarik permit operasi portal berita berkenaan,'' katanya yang ditemui selepas membuat laporan polis di sini hari ini.

Kandungan rencana itu antara lain memperlekehkan usaha semua pihak yang ingin membantu rakyat Palestin daripada cengkaman tentera Zionis termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat awam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut disifatkan seorang yang hipokrit dalam memperjuangkan isu Palestin.

Orang ramai termasuk NGO yang menyertai demonstrasi membantah kekejaman Israel turut dituduh menerima upah untuk tujuan tersebut.

Selain itu, ia juga mempersoalkan tindakan negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dalam menangani isu Palestin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika ditemui pejabatnya di sini, mengesahkan polis menerima laporan berkenaan.

Salam perjuangan

torashah said...

Salam..

Adakah kita sedia boikot 'politik Yahudi' atas alasan Malaysia Baru? Iaitu pemimpinnya ialah Anwar Ibrahim? Kenapa Anwar seolah-olah tidak mempunyai kemaluan bila melihat rakyat Palestin ditindas dan dibunuh oleh askar Israel berbanding memperjuangkan nasib kaum HINDRAF kononnya ditindas oleh orang Melayu?

Kalau begitu kita juga perlu boikot parti yang bersahabat dengan Yahudi di Malaysia, iaitu PKR dan sahabat mujahid mereka seperti PAS dan DAP!!! Biar rakyat Terengganu mengajar barua-barua yahudi yang bertapak di Malaysia tetapi bertopengkan Melayu, Cina atau India.

Salam perjuangan

Al-Rashid Zulkefli said...

Salam Ziarah,
Sekadar berusaha, namun sedikit sebanyak saya pasti akan ada perubahannya..
Insyaallah, sama-sama kita berdoa

Panglima Perang Cyber said...

ye betul kata MeeT uNcLe sHaH....

better than nothing huhu...

itu bagus dari nothing to do hahah..

jom kita ajak boikot setakat yg kita dapat dan kita mampu.

Al Hamzah Gold said...

Assalamu'alaikum..

kita mesti boikot produk mereka walau macamana sekali pun.. tak sakit kalau tak makan dan tak mati kalau tak jamah.. kita tolak habis-habisan produk mereka.. jgn mengharapkan sekatan minyak sahaja.. tepuk dada tanya diri..

Anonymous said...

Terima kasih diatas pandangan semua. Diharap rejim zionis akan hancur tidak lama lagi