Geng Bas Sekolah

January 19, 2009

Kembalilah Tun

Tajuk : TUN MAHATHIR HARUS BUANG YANG KERUH

1. Di Kuala Terengganu, petunjuk yang boleh menyenangkan hati ialah BN masih disokong oleh 30,200 pengundi bermakna BN masih relevan.

2. Kemenangan PAS masih merupakan sambungan tsunami politik PRU12, menunjukkan pembangkang masih beruntung kerana trend itu masih berterusan.

3. Tun Mahathir tidak sepatutnya menutup pintu untuk membantu BN hanya kerana tidak bersetuju dengan Pak Lah atas beberapa perkara, kerana sebagai PM Pak Lah sudah pasti mempunyai alasan untuk meneruskan atau membatalkan satu-satu dasar untuk kepentingan negara. Perkara ini pun dilakukan Tun pada ketika Tun sebagai PM.

4. Tun Mahathir dikenali kerana semangat nasionalismenya yang kuat kepada bangsa Melayu & tanah air, namun dalam konteks UMNO Tun telah silap apabila tidak menyokong UMNO sepenuhnya semasa PRU12 dan PRK Permatang Pauh & terbaru K.Terengganu.

5. Jika Pak Lah seorang yang pendendam, sudah pasti Mukhriz tidak jadi Ahli Parlimen, malah sudah pasti Mukhriz akan digantung keahliannya kerana menulis surat yang tidak patut kepada Presiden.

6. Tunku dahulu tidak mengambil masa lama untuk memecat Tun Mahathir akan perkara yang sama.

7. Maka itu, jika Tun memang benar-benarlah sayangkan bangsa Melayu, maka Tun perlu membuang egonya.

8. Jika Tun dalam usia 84 masih sanggup terbang ke Kuwait untuk membantu rakyat Palestin, mengapa tidak kepada orang Melayu & UMNO yang pernah dipimpinnya dan yang meletakkannya ke mercu tanda.

9. Penulis berharap Tun berbaik-baiklah semula dengan Pak Lah, janganlah memberi syarat untuk membantu UMNO dan orang Melayu, jika tidak penulis percaya tidak mustahil PRU-13 nanti Perdana Menteri Malaysia terpaksa dipilih dalam kalangan MP DAP!

10. Ia tidak mustahil, dahulu di Singapura ada 3 Kerusi MP UMNO, akhirnya PAP berjaya leraikan, mansuhkan dan tutup sama sekali peluang UMNO & Melayu di Singapura.

5 comments:

Panglima Perang Cyber said...

benar ! kita kena bersatu..atau kita akan gagal..

contoh di Palestin sudah cukup memberi isyarat kepada kita bagaimana

Israel boleh menyerang HAMAS kerana rakyat mereka sudah tidak ada

perpaduan dan membiarkan perpecahan.

Perpecahan disukai syaitan dan wali wali syaitan dan perpaduan

disukai Allah dan juga wali wali Allah.

Moga kita akan terus berusaha menyatukan melayu dengan berkat kasih

kita kepada Rasulullah sebagai ikon perpaduan manusia ketika hijrah

di Madinah sehingga mereka nyata berkasih sayang atas nama ukhwah

islam merentasi sempadan negara dan juga bangsa.

Itulah matlamat BPN kita dan kita akan terus berjuang ke arahnya.

Terima kasih atas sokongan saudara dan artikel tersebut moga menjadi

wadah mencetuskan gerakan mengembalikan perpaduan sesama Islam....

Salam hormat.

Anonymous said...

Bola sebenarnya berada di gelanggang Pak Lah. Dia adalah Perdana Menteri, seperti katanya, I am the PM.
Bukan Tun tak hendak memberi nasihat dan tunjuk ajar. Tetapi pandangannya tidak dikehendaki. Pak Lah sendiri kata Tun is irrelevant.
Sebab itu bila Tun bersuara, dia terus diherdik oleh orang-orang disekeliling Pak Lah yang rata-ratanya adalah anak buahnya dahulu.

Pemerhati.

Tai said...

Sebab tu, susah kalau langsung taknak terima nasihat ni encik.

UMNO PARTI PENJARA said...

Jadilah kawan sejati :-)





















Jom Sertai ‘UMNO Baru’ Dengan ‘Faizal’ :-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Terengganu Tetap Kubu Kuat Barisan Nasional
http://pro-faizal.blogspot.com
Idea Bernas Vs Loya Buruk ;-)
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

Laman Blog Baru >> http://Blog1Malaysia.blogspot.com

singamaraja said...

Salam ziarah