Geng Bas Sekolah

December 26, 2008

Tanah Airku

Isu pemberian tanah di perak semakin menegang. Semua pihak menegakkan pendirian masing masing. Kerajaan Perak tetap bertegas menawarkan pertukaran status hak milik tanah lot kediaman dan perniagaan daripada pajakan 99 tahun kepada hak milik kekal 999 tahun di kampung baru dan rancangan perkampungan tersusun (RPT).

Langkah yang dikatakan untuk meningkatkan nilai hartanah bagi RPT dan kampung baru di Perak melebihi RM1.5 bilion itu mungkin bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Manakala Datuk Seri Najib Razak, berkata hak milik tanah pegangan kekal tidak boleh sewenang-wenangnya diberi kepada penduduk RPT dan kampung baru tanpa persetujuan Majlis Tanah Negara. Dasar Tanah Negara menetapkan pegangan tanah secara kekal hanya boleh diberi bagi maksud kegunaan Kerajaan Persekutuan, awam dan keadaan istimewa yang terhad.

Sebenarnya semua orang melayu harus sedar bahaya permainan politik DAP. Didalam masa inilah mereka mengambil sebanyak mungkin keuntungan untuk mereka. Lagipun tak pernah terjadi didalam sejarah ada orang memajak tanah hampir seribu tahun lamanya. Sedangkan China memajakkan Hongkong kepada Britishpun ada hadnya.

Marilah kita orang melayu muhasabahkan diri, meneliti kelemahan didalam perpaduan sesama kita. Tak kira dari UMNO, PAS atau PKR. Walaupun kita berlainan idealogi politik tetapi hak bangsa tetap perlu dipertahankan bersama.

Ini adalah tanahair kita sejak zaman berzaman. Kita perlu mempertahankannya walaupun terpaksa menumpahkan darah sehingga ke titisan yang terakhir. Adakah kita mahu jadi seperti Palestin yang diusir dari negara sendiri? Terpaksa merempat memohon simpati?

Diharap keputusan penukaran status tanah perlu difikirkan semasak masaknya sebelum sesuatu yang buruk terjadi. Fikirkanlah sesuatu yang baik untuk kebaikan rakyat malaysia bersama. Bukannya untuk kepentingan sendiri.

2 comments:

Tai said...

Ha tulah melayu, sokonglah lagi DAP tu!

Jeepers Creepers said...

apa nak buat..terpedaya janji anwar