Geng Bas Sekolah

December 26, 2008

Belajarlah Dari Kesilapan Lalu - Ingatlah Orang Yang Tersayang

Suasana di Kuala Terengganu semakin hangat, malah sampai ketahap hangit. Pihak pembangkang sejak awal awal sudah memulakan provokasi dengan menyiarkan gambar Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkaraoke.

Apa pula langkah kerajaan untuk menangkis serangan pembangkang? Malah turut terdapat kabar kabar yang mengatakan Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebenarnya bukanlah calon yang digemari ramai. Malah mereka turut melabelkan dia adalah "golongan elit" dan tidak mesra rakyat.

Walau apapun cerita yang disebarkan, Aku harap pengundi bijak memilih. Janganlah memilih pembangkang kerana DAP ada bersama mereka. Aku masih boleh menerima PAS tetapi tidak sesekali DAP. DAP adalah satu satunya chauvanis kaum cina dan memperjuangkan sosialis. Malah mereka adalah keturunan dan penyokong komunis.

Malah selagi Anwar dan PKR masih bersama mereka, janganlah disokongnya pakatan rakyat. Perangai anwar telah sedia kita maklum. Kata kata yang diuar-uarkan kononnya akan menubuhkan kerajaan baru pada 16 september telah membuktikan Anwar adalah pembohong. Malah mempunyai agenda tersendiri iaitu memerintah negara.

Aku yakin pengundi pengundi di Kuala Terengganu adalah orang yang celik mata dan hati. Gunakanlah hak anda sebaik baiknya. Masa depan anda dan keturunan anda berada ditangan anda sekarang. Masa mengundi, ingatlah orang yang tersayang. Kerana masa depan mereka andalah yang tentukan.

1 comment:

Tai said...

Ya betul. Ingatlah orang yang tersayang.