Geng Bas Sekolah

December 12, 2008

Sikap Buruk Segelintir Penduduk Bukit Antarabangsa

Di mana silapnya apabila niat baik petugas penyelamat termasuk pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membina jambatan kekal bagi membantu penduduk yang terperangkap dihalang segelintir pemilik rumah yang tidak bersetuju dengan usaha murni dilakukan.

Situasi itu menyebabkan anggota penyelamat berada dalam dilema kerana mereka perlu menyediakan prasarana utama itu secepat mungkin bagi membolehkan kebanyakan mangsa di Bukit Antarabangsa di sini, dapat memulakan hidup seperti sedia kala.

Difahamkan segelintir penduduk berkenaan degil dan enggan bertolak-ansur kerana beranggapan pembinaan jambatan dan jalan baru yang terletak terlalu hampir dengan kediaman mereka bakal menggugat ketenteraman.

Menurutnya, masalah dihadapi itu ekoran protes penduduk pangsapuri Riverdale Park yang meminta supaya kedudukan jambatan kekal itu diubah di lokasi lain.
“Pada mulanya, jambatan baru yang dibina JKR itu dicadangkan dibina bersebelahan jambatan taktikal milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang siap dibina dua hari lalu.

“Bagaimanapun ada penduduk Taman Mewah di sini, membuat bantahan pembinaan jambatan baru itu dengan alasan ia akan mengganggu kehidupan seharian mereka kerana pembinaannya dibuat secara kekal dalam kawasan perumahan itu,” katanya.

No comments: