Geng Bas Sekolah

December 5, 2008

Ini Salah Siapa




Pemandangan dari udara keadaan sebuah bukit yang kini bertukar menjadi sebuah kawah yang besar dengan kedalaman kira-kira 10 meter akibat kerja-kerja mengorek pasir di Teluk Rumania, Kota Tinggi


Kewujudan tiga kawah besar yang setiap satu berkeluasan kira-kira 12 hektar di Teluk Ramunia, 80 kilometer dari sini menimbulkan kebimbangan dan keresahan di kalangan penduduk setempat.

Kawah yang mencapai kedalaman 15 tingkat bangunan itu adalah kesan daripada kegiatan mengorek tiga buah bukit yang terletak kira-kira 650 meter dari pantai Teluk Ramunia, antaranya bagi mendapatkan batu granit.

Para penduduk bimbang apabila tiada usaha pemulihan dilakukan oleh syarikat perlombongan tersebut. Penduduk juga beberapa kali membuat aduan termasuk kepada Jabatan Alam Sekitar dan Pejabat Tanah dan Galian namun tiada tindakan diambil.

Pasir berkualiti tinggi yang diambil juga menjadi kecurigaan penduduk apabila tidak mengetahui kemana pasir tersebut dibawa. Pada aku takkanlah kerajaan negeri tidak tahu masalah ini. Perkara ini sebenarnya sudah serius. Malah ada kemungkinan besar pasir itu dihantar ke Singapura. Pencabulan terhadap alam sekitar semakin menjadi jadi dinegara ini.

Pembalakkan haram dan penerokaan hutan simpan semakin berleluasa. Pembinaan taman perumahan yang tidak mengikut prosidur turut berlaku. Lebih membimbangkan ia telah meragut ramai nyawa penduduk yang tidak mengetahui pengesahan pembinaan itu.

Sebenarnya sudah banyak kesalahan telah dilaporkan akan tetapi tiada penyelesaian diambil oleh pihak kerajaan. Kekurangan anggota penguatkuasa, dana dan bukti menjadi masalah kepada penyelesaian terbabit. Selain itu rasuah adalah penyebab utama berlakunya segala masalah ini.

Kerana rasuah diberi kepada pihak tertentu di jabatan kerajaan menyebabkan pihak berwajib menutup sebelah mata terhadap masalah ini sehinggalah ianya didedahkan dimedia massa. Adalah mustahil mereka tidak mengetahui berlakunya sebarang perbalakkan haram malah ianya turut dilakukan dihutan simpan kerajaan negeri.

Pihak kerajaan seharusnya bersikap lebih tegas terhadap masalah ini dan bukannya hanya mengambil tindakan disaat saat akhir. Jika begitulah sikap yang diambil oleh kerajaan, maka akan hancur leburlah segala khazanah negara untuk anak cucu.

Renung renungkan dan selamat beramal.

2 comments:

Tai said...

ya betul. Pemantauan harus dilakukan dan gejala rasuah harus ditangani dengan segera. Ingat, ini amat penting.

LEKIR said...

Assalamualaikum,

Mari kita flagkan blog surind.blogspot.com kerana Allah