Geng Bas Sekolah

December 4, 2008

Seperti Yang Ku Jangka Terjadi

Seperti Yang Kujangka Terjadi, Tewas Sekali Lagi. Itulah ungkapan yang sudah aku tahu. Cadangan yang dikemukakan oleh Datuk Mukhriz Mahathir pasti ditolak mentah mentah. Bukan setakat DAP malah NGO bukan melayu turut menolak cadangan ini.

Sebelum ini mereka meminta hak orang melayu dihapuskan dengan alasan untuk persaingan adil dan pelbagai tuntutan yang melampau. Dan kini kita juga meminta mereka berkorban dengan menyatukan sistem pendidikan namun mereka enggan bekerjasama malah mengatakan cadangan Datuk Mukhriz itu berbaur perkauman.



Rasanya tiada langsung isu perkauman didalam cadangan ini. Apa yang diminta adalah menyatukan sistem pendidikan untuk generasi akan datang. Itu saja. Bukannya memansuhkan identiti cina atau india. Malah aku berani jamin, mereka tetap fasih berbahasa ibunda dan tahu adat resam masing masing walaupun mereka belajar dibawah satu aliran pendidikan.

Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (UCSTAM) dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (UCSCAM) dalam kenyataan bersama hari ini kesal dengan kenyataan Mukhriz itu yang disifatkan boleh menjejaskan perpaduan.

‘‘Kami meminta agar kerajaan mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab ini bagi mengelak perkara sedemikian berlaku lagi pada masa depan,’’ jelas kenyataan itu.

Ohh rupanya cadangan begini adalah tidak bertanggungjawap dan boleh menjejas perpaduan. Sebelum ini pihak DAP, Chua Soi Lek dan beberapa orang lagi bangsa anda memainkan isu perkauman tidak mengapa. Ini menunjukkan anda mengamalkan "double standart", racist dan pentingkan diri sendiri.

Renung renungkan dan selamat beramal

3 comments:

Sedingin Salju said...

Belum! Hampa belum tewas lagi! Perjuangan masih lagi belum selesai. Ingat, sekarang dah jelas, bila mereka sentuh ketuanan melayu mereka tak kata itu perkauman. Tapi, apabila pendidikan satu sistem dicadangkan, kenapa mereka mesti kata itu perkauman? jangan mengalah. perjuangan belum lagi selesai. Perjuangan masih panjang.

YB Raz Gothic said...

perjuangan memang belum selesai. kenyataan yang dikeluarkan bukanlah menandakan kita sudah mengalah atau tewas. Cuma meluahkan apa yang sudah dijangka.

Sedingin Salju said...

Tahniah. Jangan cepat mengalah. Kalah sekarang tiada bererti akan kalah selamanya.

YB Raz Gothic
has left a new comment on the post "
Seperti Yang Ku Jangka Terjadi":

perjuangan memang belum selesai. kenyataan yang dikeluarkan bukanlah menandakan kita sudah mengalah atau tewas. Cuma meluahkan apa yang sudah dijangka.