Geng Bas Sekolah

December 2, 2008

Bangkitlah Bangsa Melayu

Hari ini heboh diperkatakan penyatuan pendidikan untuk generasi yang akan datang. Idea ini dinyatakan oleh Datuk Mukhriz walaupun ia menyamai cadangan dalam Penyata Razak 1956 dan Jawatankuasa Barnes 1951.

Akupun sudah lama menantikan satu sistem pendidikan untuk semua kaum. Lagipun apa bezanya srjk cina/ srjk tamil berbanding sekolah kebangsaan? Mereka tetap belajar benda yang sama kecuali beberapa perkara seperti kebudayaan dan bahasa. Kita sebenarnya sudah membuat kesilapan dimasa lampau. Sekiranya kita bertegas dengan satu sistem pendidikan seperti penyata razak, pasti masalah ini tidak akan berlaku. Kita tidak seharus berlembut dengan mereka dahulu.



Sekarang, apabila kuasa ekonomi dipegang oleh bangsa mereka, kita orang melayu sudah tidak boleh berbuat apa apa untuk menekan mereka. Kita bernasib baik mempunyai hak keistimewaan dan disebabkan itu kita masih boleh bernafas. Kalau tidak sudah pasti kita menjadi seperti melayu singapura. Hidup terasing ditanah air sendiri.

Mereka semakin lantang mempersoal hak orang melayu. Dan sekarang kita minta mereka pula mengorbankan hak mereka untuk srjk cina/tamil. Kalau mereka tidak bersetuju bermakna mereka hanya mementingkan diri sendiri. Dan mereka seharusnya dibuang kerakyatan dan dihalau keluar dari negara ini.



Renung renungkan dan selamat beramal...

4 comments:

Tai said...

Bagus! Suatu artikal yang paling tepat sekali. Satu sistem adalah penyatuan untuk semua.

~PakKaramu~ said...

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Tuan Muda!
Semangatmu perlu di canai untuk memertabatkan islam

Maaf Terima Kasih

sumandak bayu said...

Salam Bro...

jika penyatuan pendidikan dibuat untuk generasi akan datang tak ke kita akan mengubah dasar pendidikan kita semula dari a - z.. usaha ni bakal melibatkan peringkat sekolah rendah, menengah hingga ke peringkat IPTA/IPTS...

Banyak masa ambik lah bro... nape tidak kita tambah baik je dasar yang sedia ada?

Penjenamaan semula dasar pendidikan akan dapat jugak melihat mengorbanan dari semua kaum itu sumandak pasti plus yakin

Cheguman said...

Blogger, Sumandak dan semua:

Perkara yang dicadangkan Mukhriz bukan mengubah dasar sedia ada sebaliknya melaksanakan sesuatu yang telah termaktub dalam perlembagaan.