Geng Bas Sekolah

November 26, 2008

Malaysia Dijajah Pendatang Asing

Seorang Ahli Parlimen hari ini melahirkan rasa kecewa kerana kerajaan masih gagal menyelesaikan isu kebanjiran pekerja asing yang sudah bertahun-tahun membelenggu negara ini.

Malah dengan nada berang, Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) turut menempelak Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad kerana memberikan jawapan terlalu panjang dan berjela-jela berhubung isu itu.

‘‘Jawapan panjang tetapi tidak sampai ke lubuk hati. Saya tak nak berlakon dalam perkara ini.

‘‘Sebagai rakyat Malaysia, kita mahu satu penyelesaian dicari terhadap tanggapan bahawa negara ini adalah syurga bagi warganegara asing untuk mencari nafkah tetapi neraka bagi rakyat kita sendiri,” katanya semasa mencelah pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Mohamad, sudah bertahun-tahun kementerian itu memaklumkan akan menyelesaikan isu kehadiran ramai pekerja asing tetapi sehingga kini tiada tindakan konkrit dibuat.

Beliau yang sudah 18 tahun menjadi wakil rakyat termasuk sembilan tahun sebagai Ahli Parlimen juga kesal kerana sehingga kini tiada sebarang langkah tegas diambil bagi memastikan pekerja rakyat tempatan mendapat gaji munasabah iaitu lebih tinggi berbanding golongan miskin tegar.

Tindakan Mohamad yang berkali-kali meninggikan suara kepada Noraini itu ditegur oleh Timbalan Yang Dipertua, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mahukan sikap sedemikian dihentikan.

Dalam pada itu, Noraini yang menjawab soalan asal Aaron Ago Dagang (BN-Kanowit) menjelaskan, pendapatan purata asas setiap pekerja di negara ini adalah berbeza mengikut sektor dan ia juga berdasarkan proses rundingan antara persatuan majikan dan kesatuan sekerja.

Katanya, pendapatan purata asas adalah sebanyak RM573 sebulan bagi pekerja kedai kopi, RM628 sebulan (pertanian), RM697 sebulan (perhotelan), RM853 sebulan (pasar raya) dan RM952 sebulan (pembinaan).

Syabas buat Datuk Mohamad Aziz kerana mengutarakan isu lambakkan pekerja asing. Isu ini sepatutnya sudah lama diselesaikan. Pendatang asing begitu ramai sehingga terdapat dikampung kampung. Sedangkan dahulu mereka ini hanya dibawa masuk untuk mengisi sektor pembinaan ibu kota sahaja. Kini mereka turut memonopoli perniagaan yang sepatutnya hanya dijalankan oleh warga tempatan.

Sikap rakyat dinegara ini yang suka memberikan sewa kedai dan rumah kepada pendatang asing turut menyumbang kepada masalah ini. Kini mereka sudah menjajah negara kita tanpa kita sedari. Beberapa tempat dinegara ini diberi jolokan mini jakarta, kg bangla *sekadar menyebut dua nama* disebabkan ianya dikuasai oleh golongan tersebut. Ini menunjukkan bahawa negara kita sudah dijajah semula oleh orang asing secara halus.

Malah besar kemungkinan ada diantara mereka adalah perisik dari negara tertentu yang datang untuk mengintai kelemahan negara kita ini. Kerajaan harus memandang serius perkara ini dan bertindak sebelum terlambat. Kita harus membersihkan negara kita dari pendatang tanpa izin walaupun terpaksa melakukan tindakan keras keatas mereka.

Renung renungkan dan selamat beramal

2 comments:

Taminsari said...

Ini semua adalah duri dalam daging bagi rakyat Malaysia. Kalau tak bertindak dari sekarang akan bertambahlah lagi macam-macam " Little "...Little Jakarta ada, Little Bangla ada, Little Shanghai dlln.
Selamat berjuang blogger BPN.

Taminsari
belantan.blogspot.com

bungaraya said...

Cuba kita renung-renung sejarah negara kita. Mula asalnya diri kita sendiripun bukan merupakan anak Tanah Melayu. Ramai dikalangan kita berasal dari Tanah Seberang, dari Singapura, dari Selatan Thailand, dari Brunei dan ada juga datang dari Mynmar, Laor dan Kampuchia. Apa lagilah jikalau jika ingin berceritakan mengenai kaum Cina dan India.
Pada masa lalu kita tak kisah sangat dengan hal seperti ini kerana dua alasan:
1. Mereka pun datangnya dari Nusantara jua. Kepulauan Melayu jua. Okaylah tu. Sama adat resam dengan melayu jati Tanah Melayu. Maka melayu Malaysia kini ada dari keturunan Jawa, Minang Kabau, Melayu Brunei, Bajau, Bugis dan berbilang keturunan lagi. Yang akhirnya dikatakan rumpun melayu.
Sejak akhir-akhir ini, kerana negara kita bagai lubok emas kepada mereka, kaum melayu dari Indonesia, Filipina dan Burma, Laos dan lain-lain lagi masih tetap seperti dahulu kala, menyeberang kemari untuk mencari sumber rezeki yang banyak dekat sini. Cuma sekarang ini imigresen lebih kuat bertindak dari dulu.
Nusantara telah berbagi-bagi menjadi negara-negara yang kecil,
yang mengamalkan sistem p
'pintu tertutup' dan menghalang ketibaan yang kononnya haram kepada melayu dari negara lain selain negara mereka.

Akupun pening kepala memikirkannya.