Geng Bas Sekolah

November 22, 2008

Harga Minyak Mungkin Diturunkan

Berita yang ditunggu tunggu oleh rakyat jelata. Harga petrol mungkin akan diturunkan sehingga RM 1.85 selewat lewatnya awal bulan hadapan. Ini bagaimanapun bergantung kepada harga minyak semasa dunia.

Dalam masa itu kadar diskaun 10 peratus diberikan kepada pemandu kenderaan ringan (Kelas 1) menggunakan Lebuhraya Utara -Selatan (Plus) dan Lebuhraya Ekspres Lingkaran Tengah (Elite), perlu diperluaskan tempohnya sepanjang hari. Saranan itu dibuat Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) mahukan diskaun itu diperluaskan kepada semua jenis kenderaan terutamanya kepada kenderaan berat seperti lori.

Pengerusi BNBBC, Datuk Seri Tiong King Sing, berkata langkah memperluaskan tempoh dan memberi diskaun kepada semua kenderaan menggunakan lebuh raya boleh membantu kerajaan mengurangkan harga barangan di pasaran berikutan pengurangan kos pengangkutan.

Menurutnya, BNBBC kecewa pengumuman baru-baru ini kerana beranggapan ia tidak memberi sebarang kesan besar memenuhi objektif utamanya iaitu mengurangkan beban pengguna dalam menghadapi situasi ekonomi tidak menentu ketika ini.

“Ramai pihak hubungi kami dan melahirkan rasa kecewa dan anggap kerajaan tidak ikhlas dalam memberikan insentif.

“Plus dan Elite sepatutnya lebih prihatin dan menganggap diskuan diberikan adalah tanggungjawab sosial korporat (CSR),” katanya

Tiong berkata, dengan pemberian diskaun kepada semua jenis kenderaan masalah penurunan harga barang dapat dilakukan kerana kos pengangkutan sudah berkurangan.

Beliau berkata, Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohd Zin Mohamed sepatutnya serius dan mengkaji lebih mendalam sebelum bersetuju dengan syarikat konsesi kerana kementerian mungkin boleh dapat lebih baik daripada itu.

No comments: