Geng Bas Sekolah

November 22, 2008

Al-Quran untuk bilik hotel lima bintang

"Sejumlah 50,000 naskhah terjemahan al-Quran akan ditempatkan di setiap bilik hotel bertaraf lima bintang di seluruh negara, tidak lama lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata langkah yang sudah mendapat persetujuan Kementerian Pelancongan dan Persatuan Pengusaha Hotel Malaysia (MAH) itu selaras usaha penyebaran dakwah kepada penginap hotel.

“Sebagai permulaan 50,000 naskhah terjemahan al-Quran akan dicetak dan diagihkan kepada hotel bertaraf lima bintang untuk diletak dalam laci setiap bilik,” katanya pada sidang media selepas melancarkan kitab Tafsir Pedoman Muttaqin di sini, semalam.
Aku bersetuju dengan langkah ini kerana ISLAM adalah agama rasmi negara dan usaha ini sepatutnya sudah lama dilakukan. Ini kerana sebelum ini ada dikhabarkan bahawa kitab bible ada disediakan dibilik hotel 5 Bintang tapi aku tak tahu sejauh mana kebenarannya.



Satu lagi masalah yang perlu dipantau adalah ketiadaan pili air didalam tandas dikebanyakkan hotel 5 bintang ini. Perkara ini menyulitkan pengguna beragama islam dan aku sendiri pernah mengalaminya disebuah hotel di Bukit Bintang. Rasanya perkara ini pernah ditegur dahulu tetapi semacam tiada penguatkuasaan dibuat. Hal semacam ini tidak sepatutnya berlaku walaupun pengurusan hotel ini dari luar negara, tetapi ia patut diselaraskan dengan adat dan majoriti penduduk dinegara ini.



Renung renungkan dan selamat beramal

2 comments:

NOBISHA said...

Soal pili air saya setuju. Ini juga rungutan tetamu dari Timur Tengah yang mempersoalkan mengapakah tandas di negara Islam (Malaysia) tidak ada pili air.

YB Raz Gothic said...

Memang rasanya dahulu ada isu ini dibangkitkan tetapi kini ia semakin dilupakan orang.