Geng Bas Sekolah

November 14, 2008

Dah Rezeki Kau Ayah Pin Oii

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata pihaknya tidak dapat mengambil tindakan terhadap Ayah Pin setelah Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu memaklumkan kepada polis untuk tidak menahannya. Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menjelaskan pula bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan rasmi kepada pihak polis supaya jangan menahan Ayah Pin yang dikesan pulang ke negara ini, dari Selatan Thai, baru-baru ini.


Mana satu yang betul. Tapi apa yang pasti Ayah Pin masih bebas dan berkuasa. Tambahan pula Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JHEAT, Mohamad Nor Mohamad berkata, status siasatan jabatannya terhadap Ayah Pin kini masih di peringkat mencari bukti.

Pada masa ini, katanya, ajaran Ayah Pin itu tidak dapat dibuktikan bila ia berlaku dan apakah ajaran-ajaran tersebut.

Hebat ajaran Ayah Pin dikatakan tidak dapat dibuktikan bila berlaku dan apakah ajaran tersebut. Dey takkan inipun masih tidak dapat disiasat. Benda ni dah lama berlaku. Sampai bila nak dapat bukti?

Nak bukti apa lagi bila sesuatu ajaran itu berlawanan dengan Islam. Apabila sesuatu ajaran itu disahkan sesat, maka tindakan perlu diambil terhadap pengikut dan gurunya. Mereka yang bersalah perlu diberi kaunseling, diajar semula tentang islam. Diminta mengucap semula dua kalimah syahadah. Sekiranya mereka enggan maka mereka dibenarkan dibunuh. Mereka dibunuh bukannya menunjukkan Islam ini zalim tetapi untuk menjaga kesucian dan akidah umat islam keseluruhan.

Bagaimana dengan ajaran Al Arqam yang sekarang dikenali sebagai Rufaqa? Dimana Abuya tu sekarang? Undang undang negara ini mantap tetapi penguatkuasaan kurang. Sebab itulah berlakunya masalah ini. Pihak polis dan Jabatan Agama Islam tidak dapat bekerjasama untuk menyelesaikan masalah berkaitan umat islam.

Renung renungkan dan selamat beramal...

1 comment:

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

ke dia sekali join ayapan nih

pasal tu la tak leh tangkap ayapan