Geng Bas Sekolah

February 2, 2016

CERITA PEMBALAKKAN LATA BESIN HANYA FITNAH

Fakta kes: Isu dakwaan pembalakan di Lata Besin, Jerantut.

(Berkenaan bantahan sebilangan penduduk Kg Bharu Jerantut mengenai pembalakan di kawasan tadahan air oleh Yayasan Pahang)

Menurut sumber:

1. Terdapat kelulusan kepada Amanah Saham Pahang Berhad (ASPA) dan bukan Yayasan Pahang. Lesen pembalakan belum diluluskan dan tiada aktiviti pembalakan dijalankan.

2. Kawasan kelulusan tidak melibatkan kawasan tadahan air masyarakat yang diwartakan di bawah Pejabat Kesihatan seperti didakwa. Aliran sungai di dalam kawasan kelulusan juga tidak mengalir ke dalam kawasan tadahan air masyarakat. Selain itu, Lata Besin yang dimaksudkan lebih dikenali sebagai Rengat merupakan tempat riadah masyarakat tetapi tidak diwarta sebagai hutan lipur atau tadahan air masyarakat. Kawasan kelulusan juga tidak melibatkan Lata Besin yang dimaksudkan.

3. Pihak kontraktor ada memohon kebenaran dari PHD Jerantut bagi membina jalan pengeluaran (jalan lama), tapak kongsi & matau. Jalan tersebut melalui tanah kerajaan & tanah milik. Pihak kontraktor telah mendapat kebenaran dari pemilik tanah sebelum memulakan kerja terbabit.

4. Berlaku salah faham pada minggu lepas di mana pemilik kolam ikan air tawar berhampiran mendakwa jajaran jalan pengeluaran akan membabitkan kolam mereka, bagaimanapun pihak kontraktor telah berjumpa pengusaha dan menerangkan perkara sebenar & pengusahan kolam berpuas hati.

5. Pihak kontraktor akan mengadakan perbincangan bersama JKKK, Persatuan Belia & Pengusaha Kolam Ikan dan Pejabat Hutan Daerah Jerantut bagi mencapai persefahaman berkaitan pembalakan yang akan dijalankan.

6. Pada masa kini, pihak kontraktor telahpun memberhentikan kerja-kerja penolakan jalan terbabit.

Crew kami yang melawat ke lokasi pagi tadi melaporkan bahawa beberapa mesin/jentera telah dibawa keluar dari kawasan berkenaan dan perundingan serta taklimat kepada penduduk kampong akan diadakan dalam masa terdekat bagi menerangkan situasi sebenar bagi mengelak salah faham dan keraguan mereka.

Sumber : PahangKu.com

No comments: