Geng Bas Sekolah
Korang Kena baca ini
September 5, 2013
POTONG GAJI DAN ELAUN KERAIAN
Dalam isu kenaikan harga minyak, ramailah yang bagi pendapat untuk mengurangkan pembelanjaan. Antara syor yang aku sokong sangat sangat adalah pemotongan gaji Menteri Menteri Malaysia. Selain itu aku setuju sangat mansuhkan juga elaun keraian Menteri serta pegawai pegawai tinggi Kerajaan. Semak pemberian kontrak dan sebut harga yang diberikan oleh kontraktor. Semak juga latarbelakang kontraktor untuk mengelakkan mereka kroni kepada Menteri dan pegawai pegawai Kerajaan.
Antara pembaziran wang rakyat oleh Kerajaan yang sangat ketara adalah pemberian kontrak kontrak kepada kontraktor. Sepertimana yang kita tahu, kontraktor melayu ni paling banyak mengamalkan fahaman "Ali Baba". Mereka mengemukakan sebut harga yang tidak munasabah tetapi diluluskan oleh Pegawai Kerajaan kerana mereka juga mendapat keuntungan daripada kontraktor.
Kaji semua projek sama ada berskala kecil mahupun besar sebelum dilaksanakan untuk mengelakkan ianya menjadi projek "Gajah Putih". Banyak projek Kerajaan hanya menjadi sarang penagihan dan maksiat kerana ianya terbiar begitu sahaja selepas dibina. Malah pembinaan projek juga jelas semata mata hanya untuk memberikan untung kepada kontraktor dan Pegawai Kerajaan berkenaan sahaja. Bukan untuk masyarakat setempat.
Memotong elaun menteri dan mengurangkan penganjuran majlis keramaian berbajet besar antara langkah yang boleh diambil kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaannya. Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, cara tersebut pernah digunakan khalifah pemerintahan Islam suatu ketika dulu bagi mengawal perbelanjaan negara.
“Langkah pengurangan subsidi untuk berjimat hanya berkesan dalam jangka masa pendek. Sebaliknya, kerajaan perlu memikirkan cara yang lebih komprehensif.
“Kerajaan boleh mencontohi khalifah terdahulu yang memotong kemudahan orang besar dan mengurangkan majlis keramaian yang tidak penting dan melibatkan belanja yang banyak. Jika dilaksanakan dengan bersungguh, kerajaan mampu untuk berjimat dan mempunyai lebihan peruntukan kewangan untuk negara,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya lagi, pendekatan tersebut mungkin dilihat tidak signifikan dari sudut ekonomi, tetapi dapat memberi contoh di mata masyarakat.
“Jumlah yang berjaya dijimatkan mungkin tidak besar. Tetapi, sekurang-kurangnya beban kenaikan tidak hanya dirasai oleh rakyat, malah pemimpin dan orang berpendapatan tinggi.
“Misalnya, elaun petrol untuk menteri perlu dikurangkan selaras dengan kenaikan harga minyak. Jika kerajaan sendiri beri contoh untuk berjimat, barulah masyarakat dapat terima,” katanya. - Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment