Geng Bas Sekolah

September 4, 2013

MEDIA SOSIAL MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN


Pengaruh media sosial kepada masyarakat sekarang begitu besar. Jika 10 atau 15 tahun dahulu, masyarakat hanya bergantung kepada televisyen atau radio untuk mendapatkan sesuatu info. Tetapi sekarang dengan kepesatan teknologi maklumat, masyarakat boleh mendapat infon hanya dalam beberapa minit.

Walaubagaimanapun penggunaan media sosial ini seringkali disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawap seperti puak pr. Puak pr menggunakan media sosial untuk membuat fitnah kepada umat islam dan negara ini. Malah mereka menanam kebencian didalam masyarakat kepada umat islam di negara ini.

Namun jika media sosial digunakan secara positif, ianya boleh menjana pendapatan yang lumayan. Pengiklanan didalam internet meningkat dengan mendadak kebelakangan ini. Syarikat syarikat persendirian banyak menjual produk mereka melalui media sosial. Ini kerana kuasa media sosial begitu hebat kerana bukan sahaja Malaysia boleh melihat iklan anda malah satu dunia. Dan jika website itu mendapat hits pengunjung yang tinggi setiap hari, ianya akan menjana pendapatan sehingga mencecah ribuan ringgit.

Untuk rakan rakan blogger yang mahu menjana pendapatan, bolehlah mendaftarkan diri bersama Nuffnang dan Innity. Dan buat blogger yang menggunakan bahasa inggeris, bolehlah menggunakan Google Adsence. Malah Google Adsence membayar bukan dengan Ringgit Malaysia sebaliknya dengan US Dollar.

Selain itu, ada juga blogger yang dibayar untuk membuat promosi mengenai sesuatu produk. Blogger diberikan produk untuk dicuba dan membuat review mengenai produk itu. Antara blogger popular yang sering membuat review adalah Yuyu Zulaikha, Hanis Zalikha, Fatin Liyana, Just Khai dan ramai lagi.

Jika kita bijak mengambil peluang dengan kepesatan media sosial sekarang, kita boleh menambah pendapatan tanpa merungut tentang kenaikan harga minyak yang hanya berjumlah 20 sen itu. Yang penting rajin. Itu saja. Tapi kalau dah pemalas tu, rezeki depan matapun boleh dibiarkan berlalu dan kemudian menyalak menyalahkan orang lain.

No comments: