Geng Bas Sekolah

August 19, 2013

PEGAWAI MEDIA NAJIB RAZAK SETARAF PEMINTA SEDEKAH


LEMBAB, LAMBAT, TIADA KOMITMEN dan MAKAN GAJI BUTA ...

Istilah yang paling tepat untuk diberikan kepada pegawai-pegawai media yang GAGAL memberikan penjelasan terbaik kepada manipulasi isu kerajaan perpaduan oleh Anwar Ibrahim.

TEMPOH 5 HARI yang diambil dalam mengeluarkan kenyataan rasmi dari pejabat Perdana Menteri sudah cukup menjelaskan ZERO COMMITMENT pegawai-pegawai media dalam menangani isu sensitif, imej dan kredibiliti Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tidak masuk akal cara bekerja pegawai-pegawai media yang menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Masih ramaikah dikalangan pegawai-pegawai media ini yang masih MABUK dengan lemang, ketupat dan rendang daging akibat 'open house sana, open house sini'.

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan juga sekadar MELEPASKAN BATUK DI TANGGA. Atau dengan secara sinisnya, KENCING TAK HABIS, masih terjuih lelehan air kencing yang dikeluarkan.

Perkataan KENYATAAN POLITIK BERNIAT NAKAL sudah cukup membuktikan kerja sambil lewa yang diambil. Seharusnya perkataan "KENYATAAN POLITIK BERNIAT JAHAT DAN PEMBOHONGAN" yang ditampilkan agar rakyat yakin niat sebenar Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sememangnya mahu menjatuhkan imej dan kredibiliti Datuk Seri Najib Tun Razak. - GWM

Hahaha DS Najib masih tak ambil peduli dengan tindakan pegawai pegawai sendiri yang berperangai bagaikan najis. Kalau DS Najib masih teruskan amalan ni, jangan salahkan rakyat andai BN tersungkur PRU 14 nanti.

No comments: