Geng Bas Sekolah

August 15, 2013

JABATAN AGAMA ISLAM PUNCA ORANG KAFIR BERANI HINA ISLAM !


Haa tengok! Majlis Agama Islam sendiri gagal menjaga tanah milik mereka, inikan pulak nak suruh mereka jaga agama islam ? Hahahaha macam nak suruh kucing menjaga ikan atas meja pulak. Tanah milik Majlis Agama Islam dah diguna oleh oleh orang kafir buat tempat sembahyang. Apa punya bangang ler Majlis Agama Islam P.Pinang ni. 

Kurangnya pengawasan menyebabkan tanah dipercayai milik Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) di Jalan Datuk Haji Ahmad Badawi di sini diceroboh.

Lebih malang, tanah di atas Lot 1077 dan Lot 1078, Mukim 6 itu bukan diceroboh untuk dijadikan tapak kediaman sebaliknya telah dijadikan sebagai tempat sekumpulan penduduk menjalankan upacara ritual keagamaan mereka.

Terbaru, kegiatan itu dikesan berlaku pada Jumaat lalu sehingga menimbulkan kebimbangan ramai mengenai tahap pengawasan oleh pemilik tanah yang telah diceroboh itu.

Menurut sumber, tanah itu dahulunya merupakan tanah milik persendirian sebelum diambil alih oleh Pejabat Tanah dan Daerah Seberang Perai Utara yang kemudiannya diserahkan kepada MAINPP.

Tanah seluas kira-kira 1.2 hektar itu dan terletak bersebelahan dengan Taman Sri Serdang dikesan telah bertahun-tahun dijadikan lokasi penganut sebuah agama menjalankan ritual keagamaan mereka di situ.

Difahamkan mereka bebas menganjurkan majlis keagamaan di situ termasuk mendirikan sebuah bangsal untuk memudahkan penganjurannya tanpa sedikitpun takut dikenakan sebarang tindakan kerana menceroboh.

Seorang penduduk yang tinggal di Taman Sri Serdang yang hanya mahu dikenali sebagai Basir, 51, berkata, sepanjang pengetahuannya tanah itu sememangnya milik MAINPP.

"Kita hairan kenapa MAINPP membenarkan tanah itu digunakan oleh penganut agama lain dengan mudahnya.

"Apakah mereka terlepas pandang atau sengaja membiarkan kegiatan itu berterusan sejak sekian lama tanpa memikirkan kesannya kepada kewibawaan mereka sebagai badan yang mentadbir agama Islam di negeri ini," katanya di sini hari ini.

Seorang penduduk yang enggan mendedahkan namanya berkata, dia kesal kerana jika kegiatan itu dibiarkan kemungkinan penganut agama itu akan meminta ganti rugi jika diarah mengosongkan kawasan tersebut.

"Sepatutnya MAINPP menjaga tanah itu daripada diceroboh seperti memagarnya dan meletakkan papan tanda melarang sebarang aktiviti khususnya yang melibatkan upacara keagamaan.

"Tindakan tegas juga perlu diambil MAINPP bagi menjaga hartanya daripada dicemari atau dipergunakan untuk tujuan salah sepertimana peranannya menjaga kesucian agama Islam di negeri ini," katanya.

No comments: