Aku tak pastilah kalau korang perasan, walaupun puasa bermula pada minggu depan tetapi promosi hari raya telahpun dibuat besar besaran. Malah ada kedai yang begitu biadap menyiarkan lagu raya. Aku lihat trend ini menjadi jadi sejak akhir akhir ini.
Dan aku lihat trend begini tidak pula berlaku semasa perayaan bangsa lain. Adakah wujudnya usaha mengaut keuntungan daripada perayaan orang melayu? Ataupun orang melayu ini telah dchop didahi mereka bahawa mereka sememangnya bangsa yang hanya tahu bersuka ria dan membeli belah?
Insaf insaflah orang melayu. Selama ini orang melayu telah dipergunakan untuk keuntungan kaum lain. Sehinggakan sambutan hari raya yang sepatutnya bermula lambat lagi telah diwar warkan seolah olah ianya akan berlangsung pada minggu hadapan.
Hari raya adalah hari kemenangan kepada umat islam kerana berjaya berpuasa selama sebulan. Bukannya hari untuk bershopping sakan dan membazir dengan perabot, langsir, kereta dan barangan lain serba baru.
Kenapa tiada iklan Tahun baru Cina yang menunjukkan orang cina membeli belah? Kenapa tiada iklan Deepavali yang menunjukkan orang india membeli perabot dengan cara berhutang? Kenapa semuanya mesti muka orang melayu?
Sedarlah orang melayu. Kamu telah dipermainkan selama ini. Bangkitlah dari tidur. Janganlah biarkan diri anak bangsa kamu dipermainkan oleh bangsa lain.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
2 comments:
Betul jugak.. Courts mammot tu buat promosi tanpa bayaran selama 90 hari untuk hari raya!!! Cisssssssss..
tieah: lama menghilang hehehehe.dah lama tgk iklan macam ni..cuma org melayu je masih x sedar.
Post a Comment