Siasatan bahagian penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mendapati tiada sebarang kegiatan penjualan arak pandu lalu di sebuah premis di Sunway Mentari, Petaling Jaya.
Pegawai Perhubungan Awam dan Korporat MBPJ, Zainon Zakaria ketika dihubungi berkata, berdasarkan siasatan tersebut juga mendapati, pemilik premis itu mempunyai lesen perniagaan dan penjualan arak yang sah serta tidak melakukan sebarang penjualan minuman berkenaan di lorong belakang kedai ketika pemantauan dilakukan.
Semalam, MBPJ mengeluarkan kenyataan untuk melakukan siasatan terperinci secepat mungkin ke atas pemilik kedai arak pandu lalu di Sunway Mentari, Petaling Jaya itu setelah kegiatan haram mereka didedahkan oleh Utusan Malaysia.
Memanglah dah tak ada sebab benda ni dah disiarkan dalam akhbar. Bodoh juga penguatkuasa ni. Penguatkuasa ni ingat peniaga tu bodoh 2x5 macam dorang juga ke. Bila dah keluar dalam akhbar mestilah peniaga stop jual. Clearkan semua bahan bukti. Takkan itupun tak tahu. Bengong.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
4 comments:
memang. aku rasa alasan mbpj ni mcm nk memperbodohkan org. org yg mana berjaya dibodohkan? cerita dh kuar kt akhbar & media, tentulah tokey tutup kedai. bongoklah kalau teruskan juga operasi. nak mampos. konon mbpj buat kerja la tu. sebelum kuar media, korang buat apa wahai penguatkuasa mbpj, tidor ye? utk makluman mbpj, x ramai dh org bodoh yg nk percaya bulat2 bhw tiada kedai pandu lalu beli arak seperti yg diperkatakan. carik alasan lain yg agak akademik & berbelit2 sikit boleh x? pening memikir nanti mungkin boleh percaya pulak, mana tau. hampeh tol!!!!
usin: betul tu.alasan tak boleh pakai langsung..takkan lah tokey kedai tu bodoh.
ayampun lari bila orang nak tangkap dia..inikan pulak manusia..mestilah awal awal dah cabut.
MBPJ MKN GAJI BUTE LA BRO. TUNGGU ADUAN BARU NAK SIASAT. TAKDE INISIATIF SENDIRI NAK BUAT RONDA2 KAWASAN SENDIRI..APE DAAAA HUHUHU
jeff: biasalah bro..orang keje kerajaan..kerja goyang kaki tapi bulan2 duit masuk juga.
Post a Comment