Geng Bas Sekolah

April 17, 2010

Syaitan Mencemari Masjid

Kesucian Masjid Sultan Idris Shah II tercemar apabila penyokong pembangkang bertindak membaling telur busuk pada papan tanda mengecam pembabitan syarikat Israel, Apco Worldwide yang diletakkan di pekarangan masjid itu selepas solat Jumaat petang semalam.

Selain gambar bendera Israel, turut tertera pada papan tanda tersebut ialah logo UMNO dan 1Malaysia. Perhimpunan yang dinamakan "Himpunan Aman Membantah Firma Perunding Apco Worldwide Pro Yahudi-Israel dan Pembabitannya Dengan Kerajaan Malaysia" kira-kira pukul 2.05 petang itu dianjurkan bersama oleh Pemuda Pakatan Rakyat Perak.

Terdahulu, penganjur yang membekalkan telur busuk tersebut meminta peserta perhimpunan membaling ke arah papan tanda berkenaan. Balingan itu menyebabkan para jemaah yang berada berhampiran turut terkena percikan telur busuk tersebut.

Pada akhir acara, penganjur telah meletakkan papan tanda yang dipenuhi kesan telur busuk di laluan pintu keluar masjid sambil meminta orang ramai yang lalu lalang memijak atau melanggar dengan kenderaan masing-masing.

Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika dihubungi berkata, perbuatan membaling telur busuk di dalam kawasan masjid adalah haram dan patut dihentikan.

"Tindakan itu bukan saja mencemari kesucian rumah Allah tetapi kawasan masjid dan orang yang mengunjungi masjid. Ini perbuatan biadap dan bukan ajaran Islam,"

Sumber: Utusan Malaysia

Inilah kesan hasutan yang dibuat oleh Anuar APCO. Cukup malang apabila orang islam boleh terpengaruh dengan fitnah yang dibawa Anuar APCO dan sanggup mencemarkan kesucian masjid

Jika sekarang mereka sanggup membaling telur busuk didalam masjid, tak mustahil selepas ini mereka akan membakar masjid dan menghalang orang beribadah didalamnya. Tindakan jahat yang diaturkan oleh Anuar APCO beserta pengikutnya jelas menunjukkan bahawa sememangnya dia memusuhi umat islam dan mahu memalukan umat islam dan agama islam di Malaysia.

Nampaknya Anuar APCO dan pengikutnya sememangnya tidak takut dan mahu menentang Allah s.w.t.

Ketika Islam Dicabar, Rasullullah s.a.w Di Hina, Bangkitlah Wahai Umat Muhammad Demi Mempertahankan Akidah Dan Kebenaran Yang Diyakini

2 comments:

ISAC said...

Salam ziarah.

Tuan mohon linkkan dengan blog kawan; http://bumiyang.blogspot.com/

Jeepers Creepers said...

insyaallah