Geng Bas Sekolah

April 18, 2010

Sampai Bila ?

SETIAP kali penamaan calon, ada sahaja insiden jelek berlaku. Semalam, penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, tidak terkecuali. Para penyokong pembangkang seperti biasa melakukan provokasi terhadap penyokong BN sehingga mencetuskan ketegangan. Selain itu, ada kejadian beberapa pemimpin BN luka terlanggar kawad berduri ketika menempuh kesesakan.

Walaupun secara keseluruhan keadaan adalah terkawal, persoalannya sampai bila kita harus membenarkan persekitaran sedemikian setiap kali penamaan calon.

Awang percaya sebahagian rakyat sudah bosan dengan suasana tidak menyenangkan seperti itu. Berhimpun dan berarak bukan tuntutan utama dalam demokrasi. Yang penting ialah pengisian demokrasi itu terutama khidmat kepada rakyat.

Dunia pesat berubah. Generasi baru mengharapkan lebih banyak pembaharuan tetapi parti-parti politik di negara ini masih terikat dengan cara lama. Lebih-lebih lagi pembangkang, yang begitu ghairah dan seperti gajah naik minyak apabila tiba proses penamaan calon.

Selain itu, wang, masa dan tenaga banyak habis. Ribuan anggota polis pula terpaksa bertungkus lumus hanya kerana penamaan calon, yang sepatutnya boleh dijalankan secara lebih praktikal.

Adalah lebih baik puluhan ribu orang yang membanjiri Hulu Selangor semalam termasuk Awang melakukan kerja amal dan gotong royong kebersihan membantu penduduk daripada bertumpu seperti pesta untuk menobatkan calon.

Maka sudah sampai masanya sistem penamaan calon dipinda dan perhimpunan diharamkan. Adalah memadai bagi calon dan wakilnya mendaftar dalam tempoh tertentu seperti yang dilaksanakan di sebahagian negara.

Awang percaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedia melakukan perubahan. Semoga ia segera menjadi kenyataan. Perkara yang baik, usah berlengah lagi.

Sumber Utusan Malaysia

Aku setuju proses penamaan calon, semua perhimpunan diharamkan. Ianya bukannya mendatangkan faedah sebaliknya hanya menimbulkan kekecohan, pembaziran wang ringgit dan masa saja.

Secara jujur, mentaliti kedua kedua penyokong adalah lebih kurang sama. Sudah menjadi sifat manusia. Apabila berkumpul sesama sendiri, mulalah perasan yang mereka itu hebat dan beranggapan boleh berbuat apa saja tanpa mengira undang undang dan tatasila.

Oleh itu, lebih baik perhimpunan adalah diharamkan.

2 comments:

YANG GAMBI said...

YB Raz, kawan setuju dengan pandangan tuan....... patut diharamkan kerana mentaliti penyokong-penyokong parti yg sudah terlalu ganas.........

Jeepers Creepers said...

memangpun. tidak perlu sebenarnya kita nak bawa penyokong banyak banyak. macam nak berperang je padahal hanya pilihanraya.