Geng Bas Sekolah

November 27, 2017

MALAYSIAKINI PORTAL BERITA FITNAH

Tiada yang pelik apabila MalaysiaKini memainkan cerita mengenai kononnya Ku Nan memperlekeh pelajar pelajar UiTM. Kononnya Ku Nan mengatakan pelajar UiTM adalah 'slow learner'. Malah Ku Nan meminta pelajar pelajar ini ingat bahawa segala jasa yang mereka terima melalui UiTM adalah kerana UMNO.

Sebenarnya sejak dahulu MalaysiaKini suka memburuk burukkan pemimpin UMNO dan juga melaga-lagakan orang Melayu. Apa yang Ku Nan kata adalah supaya orang Melayu ini sedar bahawa UiTM telah menukar mereka yang kurang pandai kepada orang yang berjaya. Malah UiTM sendiri ditubuhkan kerana kepimpinan UMNO yang mahu orang Melayu mendapat peluang pendidikan biarpun mereka kurang cemerlang semasa di sekolah dahulu. Kepimpinan UMNO mahukan orang Melayu ini berjaya. Hasilnya UiTM telah melahirkan ribuan graduan yang kualitinya setanding dengan graduan lulusan universiti luar negeri.

Aku tidak faham kenapa Kerajaan masih membenarkan MalaysiaKini beroperasi atau membenarkan wartawan MalaysiaKini membuat liputan dalam program program Kerajaan. MalaysiaKini sepatutnya diharamkan sahaja kerana bukan sekali dua mereka sengaja mengeluarkan cerita cerita fitnah. Sudah tiba masanya MalaysiaKini dikenakan tindakan undang undang yang tegas supaya mereka tidak lagi berani membuat cerita cerita karut.

February 2, 2016

CERITA PEMBALAKKAN LATA BESIN HANYA FITNAH

Fakta kes: Isu dakwaan pembalakan di Lata Besin, Jerantut.

(Berkenaan bantahan sebilangan penduduk Kg Bharu Jerantut mengenai pembalakan di kawasan tadahan air oleh Yayasan Pahang)

Menurut sumber:

1. Terdapat kelulusan kepada Amanah Saham Pahang Berhad (ASPA) dan bukan Yayasan Pahang. Lesen pembalakan belum diluluskan dan tiada aktiviti pembalakan dijalankan.

2. Kawasan kelulusan tidak melibatkan kawasan tadahan air masyarakat yang diwartakan di bawah Pejabat Kesihatan seperti didakwa. Aliran sungai di dalam kawasan kelulusan juga tidak mengalir ke dalam kawasan tadahan air masyarakat. Selain itu, Lata Besin yang dimaksudkan lebih dikenali sebagai Rengat merupakan tempat riadah masyarakat tetapi tidak diwarta sebagai hutan lipur atau tadahan air masyarakat. Kawasan kelulusan juga tidak melibatkan Lata Besin yang dimaksudkan.

3. Pihak kontraktor ada memohon kebenaran dari PHD Jerantut bagi membina jalan pengeluaran (jalan lama), tapak kongsi & matau. Jalan tersebut melalui tanah kerajaan & tanah milik. Pihak kontraktor telah mendapat kebenaran dari pemilik tanah sebelum memulakan kerja terbabit.

4. Berlaku salah faham pada minggu lepas di mana pemilik kolam ikan air tawar berhampiran mendakwa jajaran jalan pengeluaran akan membabitkan kolam mereka, bagaimanapun pihak kontraktor telah berjumpa pengusaha dan menerangkan perkara sebenar & pengusahan kolam berpuas hati.

5. Pihak kontraktor akan mengadakan perbincangan bersama JKKK, Persatuan Belia & Pengusaha Kolam Ikan dan Pejabat Hutan Daerah Jerantut bagi mencapai persefahaman berkaitan pembalakan yang akan dijalankan.

6. Pada masa kini, pihak kontraktor telahpun memberhentikan kerja-kerja penolakan jalan terbabit.

Crew kami yang melawat ke lokasi pagi tadi melaporkan bahawa beberapa mesin/jentera telah dibawa keluar dari kawasan berkenaan dan perundingan serta taklimat kepada penduduk kampong akan diadakan dalam masa terdekat bagi menerangkan situasi sebenar bagi mengelak salah faham dan keraguan mereka.

Sumber : PahangKu.com

January 16, 2016

TIADA MAGIC BOLEH BERSIHKAN BAUKSIT DALAM SEMINGGU


Walaupun kerajaan negeri telah menghentikan sementara perlombongan bauksit dan memulakan operasi pembersihan, namun masih ada pihak pihak tertentu yang memandang sinis kepada kesungguhan pihak kerajaan. Malah ada yang seolah olah memberikan tempoh waktu dalam seminggu untuk membersihkan pencemaran yang disebabkan oleh bauksit. Ini jelas menunjukkan mereka bukanlah serius mengambil tahu hal ehwal alam dan nasib penduduk yang terjejas sebaliknya hanya mahu memburuk burukkan kerajaan saja.

Meskipun moratorium perlombongan bauksit bermula hari ini di sini, namun Kuantan Port Consortium Sdn Bhd meminta orang ramai agar tidak menaruh harapan tinggi untuk melihat pelabuhan berkenaan bebas daripada bauksit dalam tempoh seminggu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Hasbullah A. Kadir berkata, orang ramai perlu sedar bahawa KPC diberikan tempoh sebulan bermula hari ini sehingga 15 Februari depan untuk mengosongkan simpanan bauksit di pelabuhan berkenaan.

"Selepas tempoh itu berakhir, kita mempunyai tempoh dua bulan untuk membersihkan pelabuhan. Oleh kerana kurangnya kargo dan operasi, kita mempunyai lebih banyak ruang dan masa untuk diberikan tumpuan kepada proses pembersihan, termasuk menambah baik infrastruktur kami.

"Tetapi perlu diingatkan bahawa ini bukan kerja satu malam. Kami telah menyediakan pelan khusus untuk menangani isu ini, tetapi proses ini boleh mengambil sekurang-kurangnya sebulan sebelum kita dapat melihat hasilnya," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Khasbullah, buat masa ini, proses pembersihan sedang dilakukan setiap hari dan KPC telah membelanjakan lebih RM1 juta setiap bulan untuk tujuan itu.

Bagaimanapun, katanya hasilnya mungkin tidak seperti yang dijangkakan sesetengah pihak kerana pelabuhan berkenaan mengendalikan bauksit dalam jumlah yang banyak, katanya.

Beliau juga berkata, KPC mengupah pihak luar untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan membabitkan enam kontraktor, untuk melakukan berkenaan setiap hari.

"Kami akan menggunakan tempoh moratorium tiga bulan untuk menilai operasi kami.

"Kini, masih terlalu awal untuk menyatakan sebarang kemajuan, tetapi ayuh kita mengharapkan pelabuhan yang lebih baik dan bersih selepas tamat tempoh berkenaan," katanya.

Khasbullah berkata KPC telah membeli tiga lori pembersihan khas dari China yang dijangka memulakan operasi bulan ini. - PahangKu.com