Geng Bas Sekolah

October 16, 2015

RAKYAT BANTAH KENAIKAN KADAR TOL


Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) membantah sekeras-kerasnya kenaikan drastik kadar tol baharu sehingga 80 peratus yang berkuat kuasa hari ini.

Setiausaha Agungnya, N. Gopal Kishnam berkata, kerajaan seharusnya menyemak dan mengkaji semula syarat perjanjian dengan syarikat konsesi berhubung penyelarasan kadar tol baharu yang dilihat membebankan rakyat.

Menurut beliau, orang ramai menerima kesan ketara akibat penurunan nilai mata wang dunia yang membawa kepada peningkatan harga barangan tinggi terutama barangan import.

“Kadar tol baharu akan memberi kesan lebih mudarat apabila semua pihak termasuk pembekal, pemborong, peruncit yang menggunakan pengangkutan sebagai cara penghantaran akan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan sewenang-wenangnya.

“Malah, kenaikan harga minyak petrol dan diesel juga secara tidak langsung telah menyebabkan kenaikan harga barangan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebanyak 12 syarikat konsesi lebuh raya termasuk Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART) mengumumkan penyelarasan kenaikan kadar tol di lebuh raya seliaan masing-masing, berkuat kuasa hari ini.

Menurut Naib Presiden Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuh Raya Malaysia (PSKLM), Sazally Saidi, penyelarasan struktur kadar tol itu dilakukan berikutan kerajaan memutuskan untuk menghentikan bayaran pampasan kepada syarikat konsesi.

Mengulas lanjut, Gopal Kishnam berkata, rakyat negara ini sedang berhempas pulas bagi menghadapi gelombang peningkatan kos sara hidup yang amat mencabar.

4 comments:

Anonymous said...

Perjanjian lama yg bodo dan bangang...menyusahkan rakyat.Nampak pintar tetapi bodo...hanya memewahkan anak dan kroni!!!!

Anonymous said...

Tol yg naik di Selangor, tanyalah Azmin.

Anonymous said...

Bila Najib kaji semula hak konsesi dan perjanjian menguntungkan lanun-lanun sepanjang hayat, ramailah pulak pengampu Tun balun Najib.

Sekarang pergilah balun Tun seorang NAGArawan yang hebat. Yang memperkenalkan dasar Pengswastaan dan wawasan 2020.

Bukankah Tun juga dipersilakan untuk masuk parti Pembangkang.

Bila Tongkang Pembangkang yang dikemudi oleh Guang Eng dah pecah maka apa sahaja yang dapat dipaut untuk menyambung nyawa maka melurulah mereka kesitu walau pun yang terampung itu seketul TAIK.

Anonymous said...

Aku boleh agak se ketul TAIK tu siapa.

Satu perkataan oleh seorang Sastrawan kepada seorang Nagarawan