Geng Bas Sekolah

July 27, 2015

GERAKAN HARAPAN BARU - TAKTIK DAP KUASAI MELAYU


Gerakan Harapan Baru atau Pakatan Rakyat Baru yang bakal menjadi parti politik pada 14 September menjadikan Pas sebagai sasaran untuk dilumpuhkan. Pemimpin G18 yang terdiri daripada pemimpin IKRAM dan lain-lain yang kalah dalam pemilihan di Muktamar Pas lalu menyimpan dendam yang cukup tinggi dengan kepimpinan Pas apalagi UMNO dan Barisan Nasional.

Agak pelik sebuah gerakan Islam yang lama dikenal dengan JIM dan bertukar menjadi IKRAM tidak ada sifat menyantuni sebagai dai’ dan murabi sebaliknya memilih pendekatan konflik untuk melanjutkan perjuangan Islamnya.

Lebih pelik lagi GHB atau PRB ini memilih untuk bersama dengan DAP yang cauvinis dan anti-Islam. Konsep sama rata DAP sangat hipokrit seolah-olah orang Melayu-Islam tidak pernah tahu sejarah PAP Singapura meminggirkan orang Melayu-Islam dan strategi Lim Guan Eng meminggirkan orang Melayu di Pulau Pinang.

Sayang, kumpulan yang dikenal sebagai profesional dan anggota gerakan Islam yang terkait dengan Ikhwan Muslimin tidak memilih untuk bersama dengan Pas lagi apalagi UMNO untuk memartabatkan Islam di Malaysia.

Sehingga bila kumpulan ini ingin jadi dedalu politik dan mudah diperalatkan sebagai “lembu-laga” pihak yang berkepentingan politik jangka panjang menguasai Malaysia. Kononnya ingin menampilkan imej progresif Islam yang sifatnya retorik dan menambahkan perpecahan umat Islam dalam politik Malaysia.

Apa maksud Progresif Islam yang ingin diperjuangkan oleh Mat Sabu dan sekutunya. Ia hanya dalih kekecewaan dan dendam terhadap Pas yang diaggotainya sekian lama. Mat Sabu patut faham maksud istiqamah dalam perjuangan kerana bai’ahnya kepada Pas bukan setahun dua.

Mat Sabu sanggup menjadikan Lim Guan Eng sebagai teman seperjuangan hanya kerana Guan Eng sanggup makan setalam sewaktu berbuka puasa. Ia semacam Lee Kuan Yew dulu sanggup memakai baju Melayu dan songkok untuk memenangi hati orang Melayu Singapura seperti juga dilakukan Tian Chua (PKR) memakai baju Melayu dan songkok dan mendekati masyarakat Melayu di Padang Balang di Wilayah Persekutuan.

Bagi orang Melayu yang faham akan sejarah perjuangan PAP Singapura seperti yang ditulis oleh Prof. Dr. Lily Zubaidah warga Singapura asalnya dan kini menetap di Australia dan Rizal Yaakob mengenai Malaysian Malaysia versus Keabsahan Ketuanan Melayu & Islam (http:/journalarticle.ukm.my/ AIDC News 14 July, 2015). analisis yang diberi menarik sekali untuk dijadikan ibrah atau teladan.

Paling tidak kepada A.Samad Said dalam novel Salinanya menggambarkan Kampung Kambing yang dhaif di Singapura dan juga penulis antologi puisi Al Amin yang membayangkan jiwa puitis yang Islami. Integritinya sebagai Sasterawan Negara ternyata dalam pertikaian kerana gagal memahami fenomena Kampung Buah Pala di Pulau Pinang yang dijadikan pertikaian dengan cauvinis DAP yang anti-Islam.

Konsep sama rata dan sama rasa yang terungkap dalam perjuangan Malaysian Malaysia DAP adalah suatu pendekatan hipokrasi tahap tinggi kerana pada prinsipnya perjuangan sosialis demokrat DAP tidak mengiktiraf Islam sebagai agama negara, Suatu Sistem Kepercayaan dan Suatu Cara Hidup seperti yang ingin diperjuangkan oleh Pas dan juga UMNO.

Hairannya terdapat bekas peguam Pas dan pemimpin Pas yang tertarik menyertai DAP dan usaha mendekati pelajar UiTM sedang berlaku dengan terancang. Mereka amat naif tentang latar sejarah PAP Singapura dan kaitannya dengan DAP Malaysia.

Sebab itu Lim Kit Siang amat ghairah mendekati Datuk Wan Ab. Rahim orang kuat Pas di Kota Bharu Kelantan dan mengharapkan lebih ramai orang Melayu menyertai DAP kerana tanpa sokongan orang Melayu dalam DAP, parti ini tetap dikenal sebagai parti cauvinis.

Dengan kemasukan orang Melayu, DAP ingin melakukan justifikasi bahawa ia parti berbilang kaum tetapi ideologi tetap sama iaitu sekular dan liberal pragmatik yang tidak selari dengan perjuangan Islam.

Pemikiran sekular liberal DAP melihat agama sebagai sesuatu sifatnya individual atau peribadi dan tidak ada kena mengena dengan negara dan sistem. DAP melihat Islam sebagai misunderstood religion atau agama yang disalahfahami. Sejak dalam pakatan pembangkang, Anwar Ibrahim gagal memahamkan DAP akan apa itu Islam walaupun beliau pernah menjadi Presiden ABIM sekian lama. Sebaliknya memperkenalkan Negara Berkebajikan tanpa syariah sebagai alternatif dan ternyata menyedarkan Pas akhirnya.

Kalau begitu apa tujuan sebenarnya Gerakan Harapan Baru atau PRB ditubuhkan, kalau ia sekadar untuk melemahkan Pas dan bercita-cita untuk menjatuhkan UMNO dan kerajaan. Kalau tujuannya membalas dendam membuktikan tahap nafsu amarah politik orang IKRAM ini terlalu tinggi dan tidak mencerminkan jiwa tarbiyah yang mantap dan memahami maslahah dan mafsadah.

Orang seperti Shaari Sungip atau Abu Urwah Marjik atau orang rujukan JIM dan IKRAM banyak menulis buku tentang Islam sebagai Suatu Cara Hidup dan Kepentingan Syariah Dalam Sistem. Apakah DAP boleh menerima gagasan ini untuk diperjuangkan atau GHB akan menghadapi kekecewaan lagi kerana mereka hanya ingin dialatkan oleh DAP untuk menggantikan Pas dalam Pakatan 2.0.

DAP mempunyai strategi jangka panjang dalam politik Malaysia. Pertama, mengukuhkan Pulau Pinang sebagai entiti politik baru dengan strategi hegemoninya. Kedua mengembangkan pengaruh DAP ke Perak, Selangor/Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Gerak kerja politik ini sedang berjalan. Ketiga, mengembangkan pengaruhnya di Sabah dan Sarawak.

Politik Pakatan di Selangor umpamanya lebih banyak menguntungkan DAP. Pas yang bersama dengan PKR-DAP hanya memerlukan jawatan tertentu dan menguasai masjid dan surau dan menyebabkan perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam kerana ceramah dan kuliah politik yang tidak dipantau oleh JAIS.

Bagi DAP dan “rakan sekutunya” lebih banyak memberi fokus kepada pembangunan perumahan harga mahal, menguasai harta tanah dengan harga yang tidak mampu dibeli oleh orang Melayu, membangun bandar-bandar dan pusat perniagaan baru dan menyebabkan ekuiti mereka melonjak naik dan taburan kependudukan (demografi) yang tidak seimbang dan memberi kesan kepada kuasa politik masa depan.

Umat Melayu tidak harus menjadi pendukung ungkapan “menang sorak kampung tergadai” atau “kalah jadi abu menang jadi arang”. Umat Melayu harus bijak membaca senario jangan terjebak dengan keghairahan dendam dan kebencian sesama warga umat. Cukuplah dengan perpecahan yang terlalu parah dalam kalangan umat di Asia Barat.

Ghairah kita membantu umat Palestin di Ghaza sering menjadikan kita lupa mengenai umat Islam di negara sendiri kerana gerombolan yang ingin menjahanamkan umat Islam di sana ada persamaan dengan ciri-ciri menyekat kebangkitan Islam dan umat Melayu.

Umat Melayu di Malaysia adalah umat teras. Perlembagaan Malaysia (Perkara 3) memperuntukkan Islam Sebagai Agama Persekutuan, Perkara 152 mengenai bahasa Melayu, Perkara 153 mengenai Hak Istimewa Orang-orang Melayu dan juga Institusi Raja dan Sultan sebagai Ketua Agama.

Peruntukan ini yang ingin dicairkan oleh mereka yang mempunyai strategi politik jangka panjang dan menyamar atas ideologi perjuangan Malaysian Malaysia dengan pendekatan "Sama Rata Sama Rasa."

Terdapat orang Melayu yang tersilau dengan panahan slogan ini dan mula terjebak dengan retorik ini dan lupa sekian lama mereka dibantu supaya dalam konteks Malaysia umat Melayu mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang lain supaya keadilan dalam ekuiti berlaku, partisipasi dalam kegiatan ekonomi terjadi dan pembangunan potensi insan mengambil tempat. - SUMBER

2 comments:

UMNO PARTI PENJARA said...


...

---------------------------------------------
Anak Muda Johor Terguris - Inilah UMNO!!!
---------------------------------------------
Muhyiddin Baik. Tiada Skandal - Ahli2 UMNO Johor Tiada OTAK Ke?


Sumber Berita

>> Klik Di Sini <<



------------------------------------------------------------------
Singkir Muhyiddin - Perjuangan Puteri UMNO Johor Makin BUSUK!!
------------------------------------------------------------------
Sumber Berita

>> Klik Di Sini <<



-------------------------------------------------------
PRK Putrajaya - Muhyiddin Tanding Calon PARTI BARU!
-------------------------------------------------------
Tengku Adnan Tengku Mansor dijangkakan akan mengosongkan kerusinya untuk memberi laluan kpd Muhyiddin...

Najib sepatutnya memberi peluang kpd Muhyiddin menjadi PM satu penggal bukannya menendang semudah itu pemimpin yg baik dan berkata benar itu...


Ini saja caranya utk memastikan ahli2 UMNO seluruh negara menukar pemimpin no.1 mereka..

Muhyiddin mempunyai pengaruh dan kreadibiti yg jauh lbh kuat berbanding Najib..

Perjuangan UMNO Johor terbukti busuk apabila memilih kotor berbanding yg lebih baik


Sumber Berita

>> Klik Di Sini <<



------------------------------------------------------------------
TERGEMPAR - Muhyiddin Akn Hantar 200 Surat Ke UMNO Bahagian!!!
------------------------------------------------------------------
Sumber Berita

>> https://youtu.be/4WTwQkcCrxY<<
>> https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=iN6yMOHl-9I <<
>> https://youtu.be/zEJma8Ld5fM<<

PAK JUNAIDI said...

SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA