Geng Bas Sekolah

Korang Kena baca ini

June 11, 2015

PERANGAI ORANG MELAYU


Hasil nukilan Husin Lempoyang. Ada betulnya juga. Orang Melayu mana nak sedar diri.

Orang Inggeris bila berseorangan, dia akan mengembara dalam negaranya. Bila berdua, mereka akan mengembara ke negara orang lain. Dan bila bertiga atau ramai, mereka akan menjajah negara orang lain.

Orang Cina bila berseorangan dia akan berfikir. Bila dia berdua, mereka akan berniaga dalam negaranya sendiri. Dan bila bertiga atau ramai, mereka akan berniaga di negara orang lain.

Orang India bila berseorangan dia akan bekerja dengan tekun. Bila dia berdua, mereka akan banyak berbual. Dan bila bertiga atau ramai, mereka akan tubuhkan kesatuan sekerja untuk pertahankan hak mereka untuk sembang dan mengular.

Orang Melayu bila berseorangan dia akan tidor. Bila dia berdua, mereka akan bersembang. Dan bila bertiga atau ramai, mereka mula menyusahkan ...

    ... Mula-mula mereka mengumpat. Lepas itu mereka mengata sana sini. Kemudian akan ada tukang hasut. Apa lagi mulalah melatah. Pastinya emosi dan mengamuk. Tahap akhir adalah hysteria.

    Sebaik saja mereka sedar, mereka menyesal. Mulalah nak dekat dengan ugama. Ada masuk tabligh. Tak kurang nak bangunkan negara Islam dan jalankan hudud. Yang kaya dan malas nak mula dari alif ba ta, belajar tasauf atau masuk kumpulan tarikat. Akan ada yang sesat akhirnya.

    Bila sedar, mereka taubat. Dalam bersendirian, mereka istaghfar. Dah keseorangan akhirnya kuat tidor. Lepas itu, campur balik masyarakat dan ikut mengumpat. Ulang balik semua di atas.

No comments: