Geng Bas Sekolah

June 16, 2015

PAS MEROYAN HILANG JAWATAN


Padan muka kaum PAS. Dulu agung agungkan sangat DAP tu. Tahalul Siyasi konon. Sekarang dah kena terajang hahahaha.

Kerajaan Pulau Pinang bukan milik DAP semata-mata sehingga boleh sewenang-wenangnya memecat wakil Pas dalam jawatan-jawatan kerajaan di negeri itu.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad berkata, pemecatan wakil Pas dalam kerajaan negeri itu adalah satu tindakan yang tidak sabar dan gopoh.

“Pas belum pun menganggap pakatan pembangkang berkubur. Mereka tidak sabar. Kerajaan Pulau Pinang bukan kerajaan DAP semata-mata tetapi kerajaan pakatan pembangkang,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas isu Setiausaha Pas Pulau Pinang, Mohd. Fadzil Kemi yang mengesahkan menerima surat pemecatan sebagai Pegawai Penerangan kepada Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Menurut Mohd. Fadzil, surat pemecatan itu diterimanya Jumaat lalu. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai tindakan pemecatan itu, sebaliknya menegaskan supaya menunggu penjelasan daripada peguam.

Sebelum ini, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus memaklumkan, Mohd. Fadzil yang merupakan pegawai gred S41 sudah diberhentikan kerja berkuat kuasa Jumaat lalu.

Menurut beliau, notis pemberhentian perkhidmatan itu dihantar menerusi tangan dengan bayaran sebulan gaji menggantikan notis selaras dengan Fasal 9 perjanjian kontrak bagi jawatan berkenaan.

Tambahnya, dalam tempoh perjanjian kon­trak setahun yang ditandatangani pada 12 Disember tahun lalu, mana-mana pihak boleh menamatkan kontrak tersebut tanpa sebarang alasan. - SUMBER

1 comment:

Anonymous said...

tunggu dan tunggu lagi pas...