Ada kalanya mereka tidak mengerti mengapa aku memberontak. Membentak malah menongkah arus. Sedangkan apa yang aku lakukan bukanlah untuk kepentingan diri. Sebaliknya hanya untuk menyedarkan mereka, mengingatkan mereka tentang sesuatu yang mereka tidak nampak. Nasihat yang baik, adalah mahal harganya.malah memerlukan pengorbanan yang tidak ternilai demi kelangsungan generasi akan datang.
Perjuangan menentang penjajah lebih mudah diterima berbanding menentang bangsa sendiri yang berfikiran penjajah. Kemuliaan sesuatu bangsa bukanlah terletak pada harta atau kemajuan sebaliknya pada maruah dan kebebasan bangsa itu sendiri.
Aku tidak pernah meminta apa apa dari kalian. Maaf andainya kalian tidak menyenangi apa yang aku buat tika ini. Ini adalah perjuangan ku. Perjuangan tiada kesudahan.
-1 Mei 2015-
No comments:
Post a Comment