Gegak gempita negara ASEAN apabila isu-isu tertunggak selama hampir 20 tahun dapat diselesaikan kononnya secara gentleman antara Hsien Loong dan Najib Razak. Bukan main spin media mengatakan ini adalah titik baru hubungan Malaysia-Singapura yang tidak pernah wujud sebelum ini.
Dengan Singapura, di zaman Mahathir memang hubungan macam tak stabil. Kejap macam ini. Kejap macam itu. Masing-masing pertahan agenda sendiri. Mahathir tekan nak tukar Tambak Johor kepada Jambatan yang lebih baik, sesuai dengan keadaan semasa, ditolak oleh Singapura. Kononnya ada perjanjian yang tak boleh dikaji semula. Mesti pertahan. Soalnya, apakah Singapura ini ikhlas dalam hubungan dengan jiran?
Syarikat yang ditubuhkan M+S Pte Limited diibaratkan macam ikatan baru Loong dan Najib. Takkan terpisah. Belumpun lama, M+S Pte Limited telah membawa kes Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa (The Permanent Court of Arbitration). Isu? Kos pembangunan SGD1.4 bilion (pembangunan di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands) patut ditanggung oleh siapa? Malaysia? Singapura? Isu begini pun tak boleh nak selesai sesama sendiri?
Jambatan Bengkok, Scenic atau Apa? Isu jambatan ini isu strategik. Mahathir fikir jauh melangkaui 2020. Bukan isu kepentingan diri. Sampai bila Malaysia nak jadi SECOND CHOICE kepada Singapura.
Jangan lupa negara kiasu itu sudah komited meluaskan Pelabuhan Tuas dengan kos lebih SGD875 juta (kepada syarikat Korea, Daelim Industrial). Target, TUAS akan handle melebihi 65 juta twentyfoot TEUs. Dua kali ganda apa yang Singapura uruskan tahun ini.
Apakah RAPID Pengerang/Port Tanjung Pelepas mampu berlawan dengan TUAS? Singapura yang tak ada hasil LNG pun jadi negara paling kedepan dalam storage LNG. Apa jadi dengan kita?
Kita bukan main seronok bila dilambung Singapura. Tapi kita tak tahu sebenarnya mereka jauh lebih advanced dalam perancangan. PEMANDU kita pun sebenarnya dalam diam bekerja untuk memudahkan Singapura menjadi negara paling advanced di rantau sebelah sini. - SUMBER
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Di Atas Pandangan Yang Diberikan