Aku dah jangka bajet 2015 yang dibentangkan tahun lepas akan dikaji semula. Ini kerana bajet 2015 dibuat berdasarkan harga minyak dunia yang mencecah 100 USD setong. Tetapi sekarang harga minyak dunia sudah jatuh. Ditambah lagi dengan bencana banjir sehingga memaksa Kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang cukup banyak. Jadi adalah wajar bajet tahun ini dikaji semula. Pada aku, program program belia dan sukan seperti bandar belia dan hari sukan negara perlu dikaji semula. Ianya tidak memberi banyak kesan positif kepada kehidupan belia dan rakyat khususnya.
“Saya akan keluarkan kenyataan (tentang perkara ini) minggu depan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan banjir oleh kerajaan China di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini hari ini.
Najib ditanya sama ada kerajaan akan membuat peruntukan semula bajet tahun ini berikutan beberapa kejadian besar yang tidak dijangka seperti banjir besar yang melanda Pantai Timur serta kejatuhan harga minyak global.
Perdana Menteri memberitahu, kerajaan masih dalam proses menaksir jumlah peruntukan yang diperlukan untuk memulihkan kembali negeri yang terjejas akibat bencana banjir dan angka tersebut tidak dapat didedahkan buat ketika ini.
Mengulas mengenai penstrukturan semula bajet itu, Ahli Jawatankuasa Kluster Ekonomi dan Pengurusan, Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Razli Che Razak berkata, tindakan itu wajar dilakukan oleh kerajaan dalam menghadapi keadaan luar biasa dan kerosakan infrastruktur asas akibat bencana banjir.
“Semasa Bajet 2015 diumumkan, jangkaan adalah perjalanan negara seperti biasa tetapi bencana banjir besar ini memerlukan peruntukan ratusan juta ringgit untuk memulihkannya kembali dan kerajaan pula berkemungkinan hilang pendapatan ekoran harga minyak dunia jatuh.
“Saya berpendapat memang wajar Bajet 2015 disusun semula. Bencana banjir ini menyebabkan rakyat terutama di Kelantan hilang tempat tinggal serta terjejas keperluan asas seperti bekalan air dan kemudahan jalan raya yang perlu dipulihkan segera,” katanya. - SUMBER
No comments:
Post a Comment