Sangat geli hati membaca surat terbuka 25 Melayu yang dikatakan kononnya berpengaruh, berpangkat Tan Sri dan Dato, pesara kerajaan, bercakap soal ekstremis di negara ini dan cara penyelesaiannya.
Semasa dalam perkhidmatan kerajaan, apa yang mereka lakukan? Apakah mereka benar-benar memanfaatkan jawatannya untuk kepentingan agama, bangsa dan negara? Jarang sekali saya melihat ada pegawai tinggi kerajaan sebegini. Rata-rata mahu kekalkan jawatan tingginya, dan kalau boleh disambung kontrak demi kontrak.
Ingin juga saya bertanya, adakah sepanjang berada dalam perkhidmatan kerajaan dahulu, mereka ini semuanya bersih, bebas dari amalan rasuah? Sejauhmana penglibatan mereka dalam NGO selepas bersara atau hanya berjumpa dengan orang-orang pencen?
Sejauh mana pengetahuan agama Islam mereka hendak mempertikaikan institusi agama dan NGO yang dikatakan bertindak bertentangan dengan Perlembagaan dan konsep syura atau digelar ekstremis?
Mereka mendakwa mereka Muslim moderat? Apa maksud moderat? Islam bukan agama moderat. Islam adalah agama bersifat fundamental. Biasakan berkata saya Muslim fundamental, bukan moderat. Jika tidak faham fundemantal, biar saya jelaskan, yakni Muslim yang benar-benar faham dan berpegang kepada agama Islam, atau menjadikan Islam sebagai way of life, bukan Islam pada kulit sahaja.
Mempertahankan agama dan hak kaum itu bukan ekstremis, tetapi fundamental. Lebih-lebih lagi penduduk asal. Ekstremis adalah mereka yang bertindak membuta tuli atau membabi buta atau membawa ajaran sesat.
Terus terang, saya tidak berani menuduh Perkasa atau Isma itu ekstremis, walaupun ramai yang tidak menyukainya. Selalulah berbincang dan berdampinglah dengan NGO ini untuk memahami mereka dan hakikatnya.
Jika kaum lain terus mempertahankan agama dan hak mereka secara ekstrem, apakah kita perlu menjadi cair, terlalu terbuka atau liberal. Kenapa tidak menuduh mereka juga ekstrem? Kenapa memangsakan institusi atau NGO Islam sahaja? - SUMBER
No comments:
Post a Comment