Geng Bas Sekolah

Korang Kena baca ini

November 2, 2014

UMNO SELANGOR DAH TAHAP ALE UTO


Badan Perhubungan UMNO Selangor perlu meneliti tiga semakan realiti politik semasa dengan jiwa yang besar dan minda terbuka, sebelum menyusun langkah serta strategi tepat untuk menawan kembali negeri terkaya itu pada pilihan raya umum akan datang.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pertamanya, UMNO Selangor perlu sedar bahawa parti itu kini cuma tinggal 12 kerusi daripada keseluruhan 56 Dewan Undangan Negeri (DUN), walaupun asalnya UMNO dan Barisan Nasional (BN) memenangi 54 kerusi pada pilihan raya umum 2004.

Keduanya jelas beliau, badan perhubungan negeri perlu ingat bahawa Selangor sebuah negeri yang amat strategik, bukan sahaja kepada UMNO dan BN tetapi kerajaan Pusat, kerana di situlah terletak segala-gala yang berkait dengan nilai ekonomi sama ada pelaburan mahu pun peluang perniagaan.

Menurut Perdana Menteri, realiti politik ketiga yang perlu difahami oleh UMNO Selangor ialah badan perhubungan negeri itu berdepan dengan cabaran demografi politik, khususnya dalam kalangan pengundi di kawasan semi bandar dan bandar, yang mana isu politik pembangunan bukan lagi menjadi tarikan.

Sehubungan itu, beliau mengajak seluruh kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor agar mengubah strategi, hala tuju, pendekatan serta corak pemikiran mereka untuk mendapatkan keberhasilan lebih baik kerana terbukti strategi sebelum ini bukan sahaja gagal tetapi lebih buruk.

“Kalau kita kumpulkan sebahagian besar daripada 56 kerusi adalah di kawasan semi bandar dan bandar. Politik pembangunan tidak mungkin terlalu ampuh keberkesanannya berbanding kawasan luar bandar. Tak (strategi itu) mungkin memberi kesan kepada peningkatan sokong-an kepada UMNO dan BN.

“Saya lontarkan perkara ini untuk kita sama-sama fikir, apakah kita memerlukan pemikiran luar biasa? Apakah kita perlu strategi luar kelaziman? Apakah kita perlu pemikiran luar kotak untuk capai kejayaan diidamkan,” katanya semasa merasmikan Konvensyen UMNO Selangor di sini hari ini. - SUMBER

Najib suruh UMNO Selangor berubah, tapi apakah mereka akan berubah selagi masih wujud golongan elit dan kaya raya dalam UMNO Selangor ? Apakah rakyat Selangor akan terima UMNO Selangor sekiranya dinosaur dinosaur berperut buncit terus mengaut projek, membesarkan rumah dan kereta mereka ? Golongan Pemuda UMNO juga sama mengaut segala jenis projek, dan mengugut akan mensabotaj parti sekiranya kehendak mereka tidak dipenuhi. Jika benda ini tidak diselesaikan, jangan mimpilah rakyat Selangor akan menerima UMNO kembali.

Nak dapat sokongan rakyat, bukannya kena buat program futsal, program sukaneka atau ceramah politik. Tapi kena hadapi realiti rakyat. Apa yang rakyat mahu adalah penurunan harga minyak, harga barang, keselamatan, pengusiran pendatang asing, harga rumah mampu milik dan pembersihan rasuah dikalangan orang politik. Jika semua ini dipenuhi, tiada sebab rakyat menolak UMNO. Najib kena laksanakan ini dahulu, baru boleh minta sokongan rakyat.

2 comments:

Anonymous said...

Salam,Inilah masaalahnya menyebabkan rakyat marhaen membenci UMNO.Sebenarnya pemimpin UMNO lah punya menyebabkan rakyat menolak UMNO bukan kerana rakyat membenci UMNO tetapi membenci pemimpin UMNO yang rakus.Adakah pemimpin UMNO sudah berubah?? jawapannya mereka tetap tidak akan berubah selagi UMNO tidak di jahanamkan oleh rakyat.

Anonymous said...

Jangan jilat lebih sangat. Bagaimana prestasi UMNO di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur? Siapa yang menguasai Kerusi Parlimen? Siapa yang bertanggungjawab sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Wilayah Persekutuan? Mengapa Najib diam membisu?