Geng Bas Sekolah

November 4, 2014

UMNO PERLU BERUBAH !


Umno perlu berubah dan menjuarai isu-isu rakyat untuk kekal relevan dalam arena politik tanah air berbanding terus bernostalgia dengan cerita-cerita kejayaan parti, kata Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
   
Beliau berkata lebih tumpuan perlu diberikan kepada pengundi di kawasan bandar memandangkan Umno hampir 'tidak relevan' di situ berbanding luar bandar yang menyaksikan peningkatan sokongan kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13, Mei tahun lepas.
   
Syed Ali berkata Umno perlu berterusan menyentuh kepentingan rakyat jika mahu mendapat sokongan khususnya daripada pengundi Melayu.
   
"Sokongan orang Melayu terutama di kawasan bandar semakin terhakis yang berpunca daripada ketidakupayaan Umno meyakinkan rakyat berhubung dengan pelbagai isu semasa. Barangkali di bandar, sikap pengundi dipengaruhi oleh sogokkan isu politik semasa yang sering dilakukan parti pembangkang, dan gagal pula ditangani oleh Umno secara berkesan.
   
"Ini bermakna kita perlu lebih agresif... dan lebih bersifat terbuka untuk menerima keahlian daripada mereka yang mempunyai latar belakang profesional. Dengan cara itu, barulah Umno boleh diremajakan dan bersemangat, untuk kembali diterima rakyat," katanya kepada Bernama semalam. - SUMBER

UMNO perlu berubah. Itu memang benar tetapi yang patut berubah bukanlah parti sebaliknya manusia manusia didalam parti. Dari Presiden sampailah kepada tukang sapu. Semua wajib berubah. Bagaimana rakyat nak terima UMNO jika UMNO masih dipegang orang orang kaya. Masih leka bersandiwara depan rakyat sedangkan realitinya rakyat hidup menderita.

Orang Melayu luar bandar memilih kekal dengan UMNO sebab masih sayang dengan parti. Lagipun kos sara hidup tidak setinggi bandar, jadi mereka tidak merasa terlalu beban. Orang Melayu luar bandar juga merasa terancam dengan kebangkitan pendatang cina DAP tambahan PAS juga bersubahat dengan DAP.

Tetapi orang Melayu bandar merasa terbeban dengan kos sara hidup. Mereka tahu tunjang Kerajaan adalah UMNO. Jadi untuk menukar atau memberi pengajaran kepada Kerajaan, mereka tidak memilih UMNO. Tentang kaum cina, mereka bersikap terbuka kerana pendedahan kepada kaum cina setiap hari membuatkan mereka tidak sedar ancaman DAP yang mahu mengambil alih negara.

Untuk mendapat sokongan orang Melayu, UMNO harus kembali kepada fitrah. Pemimpin UMNO wajib kembali ke pangkal jalan. Hentikan projek projek peribadi. Hentikan perbuatan menunjuk nunjuk didalam pemilikan kenderaan dan rumah. Berhenti dari menyombong dengan orang miskin. Buka peluang kepada semua peringkat umur dan latarbelakang untuk bertanding didalam parti. Bukan mengehadkan atau menentukan siapa yang layak jadi Ketua Bahg, AJK, Pemuda atau Wanita. Barulah orang Melayu boleh kembali kepada UMNO.

No comments: