Geng Bas Sekolah

November 4, 2014

KES ANJING - JAMIL KHIR BAHAROM SENYAP SEBAB TAHU SIAPA SALAH ?


KUALA LUMPUR – [KEMASKINI] ‘Kita bayar zakat tidak mengikut mazhab Syafie, kenapa kita tidak marah?’ soal Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman.

Menurutnya, masyarakat terus menjatuhkan pelbagai hukum kepada penganjur kempen sentuh anjing hingga tersasar seolah-olah menganggap hanya mazhab Syafie satu-satunya aliran dalam Islam.

“Kita seolah-olah terlepas daripada sasaran sehingga mazhab Syafie kita anggap seperti itulah satu-satunya Islam. Sedangkan bayar zakat tidak pakai mazhab Syafie. Sah pula zakat kita.

“Pergi haji, tersentuh lelaki perempuan, mazhab Syafie kata batal wuduk (ketika haji), tiba-tiba panduan dari Tabung Haji kata tak batal. Boleh pula? Tak murtad pula? Tak hina Islam pula? Kenapa tak konsisten kefahaman itu? Ini satu kesalahan yang perlu kita dedahkan.

“Mazhab Maliki kata boleh sentuh anjing. Nak peluk atau nak cium pun boleh. Air liurnya pun harus dan suci. Kita bukan nak suruh tapi nak bagi toleransi.

“Memanglah contoh yang saya beri tadi seperti wuduk masa haji dalam keadaan keperluan tapi fokus kita adalah kepada jangan terlalu memusuhi pandangan mazhab lain dan anggap ia salah.

Tegasnya, kenyataan tersebut bukan bertujuan berkempen terhadap mazhab lain namun peringatan supaya tiada yang beranggapan mazhab selain mazhab Syafie itu bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Nanti kita akan bermusuh dengan mazhab lain sedangkan mazhab lain itu juga Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.

“Tapi peluk (anjing) macam itu saja, apa yang besar sangat kalau dosa pun? Dosalah pada mazhab Syafie tapi pada mazhab Maliki tidak berdosa. Kalau dia nak sertu pun, dia sertu, habis ceritalah,” katanya. - SUMBER

Kes anjing dah reda. Tapi bukan sebab penganjur dia mohon maaf tapi sebab orang agama sendiri yang tahu, kalau cakap banyak, lagi banyak tembelang mereka pecah. Jalan terbaik, mereka senyapkan saja. Yang kena tipu, orang Melayu juga. Sebab terlalu percaya dengan cerita cerita 1001 malam. Orang Melayu wajib tahu, tidak berpegang kepada Mahzab Syafie, bukanlah dosa besar. Malah bukan murtadpun.

Jangan jadikan Mahzab sebagai alasan. Nanti bom meletup depan muka, baru tahu. Orang kat Iraq jadi bodoh sebab taksub dengan Mahzab. Tu pasal membunuh dah jadi perkara biasa. Orang Melayu kalau nak selamat dunia akhirat, jangan taksub dengan Mahzab. Rasullulah s.a.w sendiri dah berpesan, "“Aku tinggalkan di tengah kalian dua perkara. Kalian tidak akan sesat selama berpegang teguh kepada keduanya, iaitu Kitabullah dan Sunnahku.”

“Pada suatu hari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam solat bersama kami, kemudian Baginda memberi kami sebuah peringatan yang sangat baik, sehingga berlinangan air mata kami dan bergetar hati-hati kami. Maka seorang berkata: “Wahai Rasulullah! Seolah-olah ini adalah peringatan orang yang akan berpisah, maka apakah wasiat engkau kepada kami?” Baginda pun bersabda: “Aku berwasiat kepada kalian agar bertakwa kepada Allah, dengar dan taat (kepada pemerintah kalian) walaupun dia seorang hamba Habsyi. Sesungguhnya barangsiapa yang masih hidup dari kalian setelahku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka wajib atas kalian untuk berpegang dengan Sunnahku dan Sunnah Khulafa’ Ar-Rasyidin Al-Mahdiyyin (para khalifah yang terbimbing lagi mendapat petunjuk). Berpegang teguhlah dengannya dan gigitlah ia dengan gigi-gigi geraham kalian. Dan berhati-hatilah kalian terhadap perkara-perkara baru dalam agama. Kerana sesungguhnya setiap perkara baru itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah itu adalah sesat.” (Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah)

No comments: