Geng Bas Sekolah

November 5, 2014

CET GAGAL SEBAB PENJAWAT AWAM MALAS KERJA


Program Centralised Enforcement Team (CET) membabitkan 10 agensi kerajaan yang diwujudkan bagi menguatkuasakan undang-undang secara menyeluruh di Cameron Highlands disifatkan gagal ekoran kebanjiran pendatang asing di situ.

Program yang sepatutnya memastikan perancangan pembangunan yang mapan di situ tidak dilaksanakan dengan baik kerana tiada kerjasama erat di antara agensi terlibat.

Menurut satu sumber, sepatutnya semua agensi berkongsi maklumat antara satu sama lain tetapi malangnya ada yang bertindak menyembunyikan maklumat bagi melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Itu menyebabkan kebanyakan operasi yang dijalankan di situ sering kali gagal akibat kebocoran maklumat sehingga warga asing berani membuat penempatan dan bekerja secara terbuka di situ.

Untuk rekod, 10 agensi yang terlibat dalam program CET adalah Jabatan Pengairan dan Saliran Cameron Highlands, Jabatan Alam Sekitar Pahang, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Pejabat Ketua Pengarah Tanah dan Galian Pahang, Jabatan Perhutanan Pahang, Pejabat Tanah dan Daerah Cameron Highlands, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Pahang, Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pertanian Pahang. - SUMBER

Sepertimana yang rakyat Malaysia tahu, penjawat awam negara ni memang bermasalah. Masuk kerja, punchcard. Keluar minum, hisap rokok, membebel pasal duit, politik. Masuk kerja balik. Buat keje ala kadar sambil berborak lagi. Pukul 11 dah keluar. Alasan macam macam. Padahal lepak kedai bersembang lagi. Masuk balik pukul 2 lebih. Bersembang lagi. Pukul 4 dah kemas kemas nak balik.

Dalam 10 kakitangan awam, cuma 2 atau 3 orang je yang baik. Yang lain semua ke laut. Tapi nak marahpun payah. Pak Menteri sendiri pun perangai begitu. Bila Pak Menteri dah buat taik, KSU dan pegawai tinggi kat Putrajayapun buatlah sama. Yang kat Putrajaya dah buat, yang kat Jabatan Negeripun sama ikut. Bila diperingkat Jabatan Negeri kong kali kong, yang di daerah ikut jugalah. Nampak tak masalah ni datang dari mana ?

Dapat pulak agensi penguatkuasa ni suka makan rasuah. Kalau tak makan rasuah, memang dorang hidup atas dunia ni tak lengkap. Dorang mesti nak bagi anak bini dorang masuk neraka punya. Jalan mudah, pau duit dengan PATI.

Selagi wujud manusia manusia begini didalam Malaysia. Jangan harap Malaysia akan selamat dan aman damai.

No comments: