Geng Bas Sekolah

October 1, 2014

AKTA HASUTAN DAN ISA PERLU UNTUK MENGAWAL ORANG POLITIK


Dalbinder Singh, anak saudara Karpal Singh telah ditahan polis kerana menghina orang Melayu dan Raja Raja Melayu, Inilah salah seorang keturunan pendatang tak tidak sedar diri. Sudahlah menumpang di negara orang Melayu, biadap pula.

Akta Hasutan amat penting untuk keselamatan negara terutama untuk melindungi rakyat daripada ancaman orang politik yang gila kuasa. Cuba kita lihat, siapakah yang beriya iya mahu menghapuskan Akta Hasutan ? Orang yang mahu hapuskan Akta Hasutan adalah orang orang politik. Ambiga, pakcik Anwar, Lim Kit Sial, budak budak NGO tajaan parti politik. Dan mereka ini pula sememangnya gila. Lihat rusuhan yang mereka lakukan dahulu. Huru hara negara, rakyat Malaysia dikepung, harta benda rakyat dan negara musnah dirosakkan mereka.

Kita sering dipendengarkan kisah Iskandar Zulkarnain yang membina tembok untuk mengurung yakjut makjut. Bayangkan tembok yang mengurung yakjut makjut sudah tiada. Habis binasalah dunia dengan ancaman yakjut makjut.

Begitu jugalah dengan ISA. Orang orang gila politik ini adalah yakjud makjud. ISA pula tembok yang menghalang yakjud makjud politik ini tadi daripada keluar merosakkan dunia. Dan sekarang tembok ISA sudah runtuh. Yakjud makjud politik ini sudahpun keluar mengancam keselamatan rakyat dan negara.

Kita sebagai orang Melayu, khususnya umat islam perlu membina semula tembok ISA. Kita wajib mengurung semula yakjud makjud politik ini. Ini negara kita. Kita perlu mempertahankan negara ini walau dengan apa cara sekalipun. Yakjud Makjud politik perlu dikurung untuk keselamatan dan keamanan negara.

No comments: