Geng Bas Sekolah

September 8, 2014

APABILA PENDATANG MAHU ORANG MELAYU MINTA MAAF

Orang Melayu dan bumiputera amnya harus sedar dan insaf bahawa kemerdekaan yang dikecapi pada hari ini, bukanlah didapati dengan mudah. Ramai orang melayu yang terkorban nyawa, kehilangan anggota badan dan harta benda kerana menuntut dan mempertahankan kemerdekaan ini. Setelah orang orang Melayu berhempas pulas mempertahankan kemerdekaan, baru sekarang bangsa asing menuntut mereka diberi hak malah mereka mahu diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaa. 

Memang benar ada dikalangan mereka, turut menyumbang jasa, tetapi peratusannya begitulah kecil. Lebih banyak dikalangan mereka yang menjadi pengkhianat dan bersikap berkecuali apabila negara memerlukan bantuan mereka. Hal ini boleh dilihat sehingga hari ini, dimana jumlah mereka yang menganggotai pasukan keselamatan negara amatlah kecil berbanding orang orang Melayu. Dan sekarang, mereka masih lagi berani menuntut hak yang bukan bukan ?


Semenanjung Tanah Melayu telah dijajah oleh British daripada orang Melayu. Sebab itulah, yang menentangnya, baik Dato Bahaman, Dato Sagor, Dato Maharaja Lela, Dol Said atau Tok Janggut adalah orang Melayu.

Sebab itulah yang menentang Malayan Union adalah orang Melayu.

Sebab itulah yang berkorban nyawa menentang pengganas komunis semasa darurat adalah orang Melayu.

Sebab itulah yang menuntut kemerdekaan adalah orang Melayu. Orang bukan Melayu menyertai gerakan menuntut kemerdekaan apabila mereka melihat ianya akan menjadi kenyataan, untuk menjaga kepentingan mereka.

Perhatikan bahawa tujuan orang Melayu menuntut kemerdekaan dan tujuan orang bukan Melayu menyertai gerakan itu pun berbeza. Orang Melayu menuntut kemerdekaan untuk membebaskan tanahairnya.

Orang bukan Melayu menyertai gerakan menuntut kemerdekaan untuk menjaga kepentingan mereka, selepas Merdeka. MIC asalnya ditubuh untuk menghantar sukarelawan ke India untuk menuntut kemerdekaan India dari British. Itu fakta sejarah.

Logiknya, saya ulangi, logiknya Semenanjung Tanah Melayu yang dijajah daripada orang Melayu hendaklah dipulangkan kepada orang Melayu. Tetapi tidak, orang Melayu diminta berkongsi kuasa yang akan diserah balik oleh penjajah British. Pada masa itu pun orang Melayu telah diminta mengorbankan hak mereka “untuk menjaga perpaduan”. Orang Melayu bersetuju.

Semasa rundingan kemerdekaan, PAS menuntut supaya Pulau Pinang dan Melaka dijadikan Negeri-Negeri Melayu demi menjaga hak keistimewaan orang Melayu. Semasa Malaysia hendak ditubuhkan PAS menentangnya kerana ia akan mengurangkan paratusan orang Melayu dan takut kiranya orang Melayu akan hilang kuasa politik dan dengan itu kedudukan orang Melayu dan agama Islam akan tergugat.

Parti Buruh Malaya menuntut supaya ditubuhkan kerajaan unitari kerana, mengikut mereka, mengekalkan Sultan-Sultan dan Negeri-Negeri Melayu akan mewujudkan sebuah kerajaan beraja. Dalam kata-kata lain mereka hendak menghapuskan sistem beraja di Malaya. Siapakah majoriti ahli-ahli Parti Buruh?

Parti Komunis Malaya mengangkat senjata untuk menubuhkan kerajaan komunis ala-China. Beberapa orang pemimpin parti-parti kiri Melayu lari ke hutan dan menyertai Parti Komunis Malaya kerana takut ditangkap British. Mereka diperalatkan oleh Chin Peng untuk mempengaruhi orang Melayu menyokong perjuangan mereka. Nasib baik, pada masa itu orang Melayu tidak terpengaruh dengan mereka. - SUMBER

1 comment:

mae said...

sayangnya ramai org melayu bila jadi pemimpin mula lupa atau melupakan fakta ini.