Geng Bas Sekolah

June 24, 2014

UMNO TERUS SYOK SENDIRI ?


Tak tahu lah berapa ratus ribu UMNO Bahagian Cheras habiskan duit untuk meraikan sambutan 20 tahun UMNO Bahagian itu. Memang betul, tak pakai duit kita pun, tapi yang nak dibangkitkan adalah sampai bila
UMNO nak seronok dengan program syok sendiri. Katanya PM dan Isteri hadir. Pemimpin UMNO pun ramai yang hadir. Meraikan jemputan Syed Ali Alhabshee.

Ini adalah kaedah UMNO, khususnya di WP dalam melaksanakan program. Suka-suka sama sendiri. Rakyat diketepi. Hotel lima bintang dijadikan tempat bersanggar dan berseloka sesama sendiri.

Apa salah kalau sambut 20 tahun, buat di Pejabat UMNO Bahagian. Panggil semua pengundi di kawasan flat. Buat doa selamat. Kenduri rakyat.

Tak. Sebab kita bahagian elit. Kena buat sebesar-besar tidak. Semewah-mewah tidak.

Mentaliti inilah sebenarnya yang buat orang Melayu / pengundi bandar menyampah dengan perangai UMNO. Nak sedapkan hati sendiri.

Pencapaian PRU13, untuk Parlimen Cheras, dan PRU sebelum-belum ini pun setakat itu sahaja. Kalah beribu-ribu undi. UMNO jaga Melayu. MCA jaga cina. Sudahnya masing-masing jaga penyokong sendiri sahaja.

Republique UMNO de-Cheras ini memang macam negeri asing daripada WP. Ini macam kawasan Yemen, tetapi dikuasai orang Cina.

Tahniah lah kepada UMNO Cheras kerana sudah menzahirkan mentaliti syok sendiri di tahap yang membodohkan pemimpin UMNO seluruhnya.

Yang kaya semakin kaya. Pengundi diketepikan. Keseronokan peribadi pemimpin diutamakan? - SUMBER

No comments: