Geng Bas Sekolah

Korang Kena baca ini

January 28, 2014

SAH ANWAR MENTERI BESAR KAJANG


Desas desus yang mengatakan pakcik Anwar akan bertanding Dun Kajang dan seterusnya akan menjadi Menteri Besar Selangor telahpun menjadi realiti. Cuma orang tua tu masih taknak mengaku nak jadi MB Selangor je lagi. Selain itu pakcik Anwar juga memberi amaran kepada BN supaya tidak masuk bertanding Dun Kajang.

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diumumkan sebagai calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada Selasa menolak dakwaan ia adalah untuk memberi laluan kepadanya menjadi menteri besar Selangor kemudian.

Beliau yang akan bertanding di atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, perkara itu hanyalah spekulasi dan pada masa kini hanya akan memberi tumpuan untuk menang di Kajang.

"Itu (jadi MB) hanya spekulasi. Kita nak tumpu menang pilihan raya.

"Saya harap, kalau boleh bila kerusi itu adalah kerusi Pakatan Rakyat jangan ada pembaziran untuk belanja pilihan raya dan bagi ruang untuk kita uruskan kerja kita," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Selasa.

Akupun memang setuju sangat kalau BN tidak masuk bertanding. Buat apa nak bertanding sedangkan rakyat dah benci dengan BN. Lagipun memang sah kalah BN kalau bertanding. Lebih baik BN duduk diam diam je lah. Nikmati 4 tahun terakhir puas puas. Lainlah Najib kata minyak free, mungkin BN boleh memang. Mungkinlah kan.

Lagi satu, kita jangan tengok pakcik Anwar nak jadi Menteri Besar Selangor. Nak jadi MB, kena ada persetujuan Sultan Selangor. Bukan boleh lantik sapa sapa jadi MB. Okeylah, katakan Sultan Selangor menolak pakcik Anwar jadi MB. Orang tua ni akan guna alasan Intitusi Raja menolak pilihan rakyat. Dia akan buat kempen jatuhkan Intitusi Raja. Jangan lupa, orang tua ni nak jadikan Malaysia sebagai republik. Dia akan gerakkan semua macai macai dia habis habisan.

Dan Selangor juga adalah negeri yang kaya. Lebih kaya dari punaisihat Najib. Kalau pakcik Anwar jadi MB Selangor, dia akan guna duit negeri Selangor untuk tampung perbelanjaan makan pakai macai macai dia. Dia akan supply macam macam untuk macai dia jatuhkan Kerajaan Malaysia.

Bayangkan pakcik Anwar mendapat lombong emas terbesar di Malaysia. Jangankan Najib, Sultan pun dia akan campak ke Laut China Selatan. Jadi jangan pandang rendah keupayaan orang tua ni. Chinadoll pun tumbang atas riba dia. Inikan pulak Kerajaan Malaysia. Apalah sangat.

No comments: