Permohonan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin untuk meminda pembelaan beliau dalam kes saman fitnah RM100 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim atas dakwaan memfitnah dalam satu ceramah politik, di Lembah Pantai di ibu negara lima tahun lalu, ditolak oleh Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.
Pesuruhjaya Kehakiman, S.M. Komathy Suppiah yang memutuskan demikian di kamar beliau di sini turut memerintahkan Khairy membayar kos RM5,000 kepada Ketua Pembangkang itu.
Komathy kemudian menetapkan 22 November ini bagi pengurusan kes saman itu.
Peguam Datuk Sulaiman Abdullah yang mewakili Anwar memberitahu pemberita, Komathy ketika menolak permohonan Ketua Pemuda UMNO itu berpendapat, permohonan untuk meminda pembelaan tersebut adalah kabur dan tidak dapat menentukan apakah maksud pindaan yang dicadangkan.
Sementara itu, peguam Jeffrey John yang mewakili Khairy berkata, pihaknya akan mendapatkan arahan anak guam ketika ditanya mengenai kemungkinan mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu.
Pada 7 Mac 2008, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh selaku plaintif memfailkan saman terhadap Khairy yang ketika itu Naib Ketua Pemuda UMNO kerana didakwa memfitnah beliau dalam satu ceramah di Lembah Pantai pada 20 Februari tahun yang sama.

Hahahaha kekekeke hahahahaha. Lantak lu lah kj.
2 comments:
100 juta?....peanut bro
apa punya integriti lah mangkuk mcm admin blog ni, dah mcm blog pro pembangkang, duri dalam daging.
xda inisiatif lain ke nak jatuh kan org, gunting dlm lipatan blog ni yg patut dihapuskan! sekian..
Post a Comment