Geng Bas Sekolah

September 11, 2013

AKHIRNYA AZALINA SEDAR


Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said (gambar) mengesahkan menarik diri daripada bertanding merebut jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO bagi mengelakkan perpecahan dalam parti.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagaian Pengerang berkata, walaupun berat untuk menarik diri, namun demi perpaduan dan keutuhan parti keramat Melayu itu, beliau sanggup membuat keputusan tersebut.

"Saya tak mahu bibit-bibit perpecahan berlaku khususnya dalam Wanita UMNO yang merupakan tunjung kepada UMNO. Berikutan itu, saya buat keputusan untuk tidak bertanding jawatan Ketua Wanita, tetapi akan mempertahankan jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan parti bulan depan.

"Saya yakin walaupun tidak bertanding jawatan Ketua Wanita, masih ada ruang dan peluang untuk membantu memantapkan parti menerusi jawatan MT," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Dengan penarikan diri bekas Ketua Puteri UMNO itu, kini jawatan Ketua Wanita UMNO dijangka dikekalkan oleh penyandangnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tanpa pertandingan.

Hehehe tarik diri akhirnya DS Azalina ni yek. Baguslah tu. Aku bukan tak suka dia cuma cukuplah Shahrizat seorang je bawa bala ke dalam UMNO. Sekarang ni kalau boleh Shahrizat tu pun berundur lah. Bagilah orang baru jadi Ketua Wanita UMNO. Cukup cukuplah pegang jawatan. Sudahlah bawa masalah lembu, sekarang jangan nak tambah masalah baru pula.

No comments: