Geng Bas Sekolah

August 13, 2013

NAJIB RAZAK - BAPA COWBOY MALAYSIA


Memandangkan kes tembak menembak semakin kerap terjadi, dan pihak polis serta DS Najib pun macam rileks je, aku ingat nak buat bisnes baru lah sekarang. Aku ingat nak bisnes jual pistol dan senapang. Amacam boleh ? Mesti boleh kan. Kerajaan nak settle harga ayampun terkial kial, inikan pulak polis nak settle kes tembak. Lagi haru dibuatnya.


Kalau aku jual senjata sekarang ni, mesti untung besar. Duit masuk berguni guni baii. Sekarang makcik nak pergi pasarpun bukan setakat bawa bakul tapi boleh selit pistol kat pinggang sekali. Kalau harga ayam mahal, letak je pistol kat dahi. Mesti boleh turun harga ayam tu.



Bila jual pistol, mesti nak jual baju kebal juga. Baju kebal tu kira penting juga woo. Tapi kalau rasa baju kebal tu rimas nak pakai, korang boleh cuba pakai susuk kebal. Kalau susuk kebal tok bomoh jual mahal, korang sapu je taik sendiri kat badan. Amal setiap hari, gerenti kebal. Tapi bau busuk sikitlah. Namapun nak kebal tapi free kan. Sendiri tahan lah.


Kalau rasa main pistol dah kurang best, boleh try bom pulak. Boring main mercun bola, boleh main bom. Tapi jangan main depan rumah sendiri, nanti rentung pulak rumah tu. Tak pasal pasal mak korang marah. Nak main pergilah main depan rumah Menteri. Mentari banyak duit takpe. Lagipun kalau rumah Menteri rentung, nanti banyak syarikat kroni dia sponsor buat rumah baru. Boleh dapat projek wooo.


Dan mungkin suatu hari nanti kita akan dapat lihat pemandangan seperti ini di Malaysia. Jalan jalan pergi kedai pakai full set body armor. Time tu banyak ler orang bisnes jual senjata daripada orang jual telefon. Silap silap nanti bila bisnes senjata lagi maju dari bisnes smartphone, DS Najib buat rebat beli senjata macam rebat beli smartphone dulu. Best kan kan kan.

MAJULAH INDUSTRI SENJATA UNTUK NEGARA

No comments: