Geng Bas Sekolah

August 9, 2013

MISTERI BUKU PAK LAH


Sehari dua ini, dunia politik negara digemparkan dengan sebuha buku yang diberi judul "Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia". Buku yang dikatakan tulisan Pak Lah ini sebenarnya bukanlah idea atau cerita Pak Lah semata mata sebaliknya mengandungi cerita cerita mereka yang tersingkir dari UMNO dan juga daripada pembangkang.

Buku ini disunting oleh Bridget Welsh dan James UH Chin - dua pensyarah yang sering menulis di portal mesra pembangkang Malaysiakini yang merupakan penyokong pakcik Anwar dan diterbitkan oleh Strategic Information dan Research Development Centre (SIRD), Kuala Lumpur. SIRD dikenali sebagai penerbit untuk aktivis SUARAM.

Di dalam buku ini, dikatakan Pak Lah menjawap kritikan Tun Mahathir berkenan dengan pemerintahan beliau. Selain itu dikatakan buku ini juga sebenarnya mendedahkan kelemahan Pak Lah sebagai PM pada waktu itu.

Walaupun dikatakan buku mengenai Pak Lah menjawap tuduhan Tun Mahathir, secara peribadi aku rasa buku ini hanyalah satu agenda daripada pakatan untuk memalukan Tun Mahathir, UMNO dan juga Pak Lah. Jika benarlah Pak Lah yang benar benar menulis dan menerbitkan buku ini, buat apa ianya disunting dan dilancarkan oleh orang orang pembangkang.

Malah Sammy Vellu juga berang dengan artikel didalam buku ini yang mengatakan beliau "dipaksa" untuk meletak jawatan. Jika benar Sammy Vellu dipaksa, mengapa beliau marah dan menafikan beliau dipaksa? Mungkin cerita beliau dipaksa meletak jawatan itu adalah rekaan penerbit yang merupakan penyokong kuat pakatan.

 Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menafikan beliau pernah diminta melepaskan jawatan tertinggi parti oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi setahun sebelum pilihan raya umum 2008.

"Tidak (berlaku perkara ini). Tiada sesiapa yang boleh meminta saya meletak jawatan kerana ini merupakan hak mutlak saya," katanya ketika diminta mengulas kandungan buku Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia yang memetik komen Abdullah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam majlis rumah terbuka Perdana Menteri bersama menteri-menteri Kabinet di Seri Perdana, di sini semalam.

Media sebelum ini melaporkan, Abdullah dalam buku tersebut menyatakan beliau tidak menyukai cara Samy Vellu menyelesaikan beberapa isu dan cuba menasihatkan pemimpin veteran itu bersara lebih awal. - UTUSAN ONLINE

Aku harap Pak Lah jelaskan isu yang timbul ini. Jika benar Pak Lah tidak terbabit ataupun cerita dan kenyataan beliau diputarbelitkan didalam buku ini, sila ambil tindakan sewajarnya. Sila saman penerbit buku berkenaan. Jangan berdiam diri dan melarikan diri daripada masalah. Isu buku ini sebenarnya mendatangkan masalah besar kepada UMNO terutama menjelang pemilihan tidak lama lagi.

No comments: