Geng Bas Sekolah

August 27, 2013

MALAYSIA BANGKRUP JIKA SETUJU TPPA


Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dijangka memberi syarikat asing hak untuk menyaman kerajaan Malaysia di tribunal asing sekiranya tidak berpeluang mendapat kontrak kerajaan.

Pakar ekonomi, Martin Khor berkata, beliau menjangkakan TPPA akan memasukkan klausa sebagaimana perjanjian perdagangan Amerika Syarikat (AS) yang lain bagi membolehkan syarikat asing mendapat status nasional.

"Sekiranya kerajaan Malaysia mengubah polisi yang bertentangan perjanjian ataupun mengutamakan syarikat tempatan, syarikat pelaburan asing itu boleh menyaman kerajaan Malaysia di tribunal asing yang amat berat sebelah.

"Kita telah melihat perkara itu berlaku di Ecuador yang mana kerajaan negara itu disaman AS$2.3 bilion (RM7.1 bilion) dan Indonesia pula AS$2 bilion (RM6.2 bilion)," katanya dalam Persidangan Meja Bulat TPPA anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu di sini hari ini.

Martin yang juga Pengarah Eksekutif South Centre berkata, banyak perkara dalam TPPA tidak memberi keuntungan kepada Malaysia, malah berkemungkinan menjejaskan kedaulatan negara untuk melaksanakan polisi yang mempunyai kepentingan nasional dan sosioekonomi masyarakat.

Katanya, di bawah perjanjian yang pernah dilaksanakan AS di beberapa negara, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan tidak dibenarkan bersaing dengan syarikat asing dan banyak keistimewaan perlu ditarik balik.

Menurutnya, harta intelek juga akan menjadi isu dalam perjanjian itu yang mana harga ubat generik akan meningkat kerana dilindungi undang-undang hak cipta lebih ketat.

Menurut beliau, TPPA akan menjejaskan kepentingan banyak syarikat tempatan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kerana kemasukan syarikat asing yang mempunyai kelebihan modal dan teknologi.

"Mungkin harga barang import akan turun sebanyak 20 peratus tetapi apa gunanya barang murah kalau kita kehilangan kerja," katanya. - Utusan Malaysia

Apa perlunya Malaysia tandatangani TPPA ni ? Kalau join TPPA, PTPTN tak payah bayar ke? Harga kereta jadi semurah dua tiga ratus ringgit ke ? Harga barang boleh murah gila gila ke? Kalau tak, baik tak payah join lah. Kita dah merdeka 56 tahun. Dengan bersetuju kepada TPPA, secara automatik Malaysia sudah dijajah semula. Tak hilangnya pahala tu kalau tak join TPPA pun.

No comments: