Geng Bas Sekolah

August 14, 2013

IDRIS JALA CUBA HANCURKAN ORANG MELAYU ISLAM


Idris Jala telah membuktikan betapa geliganya otak dia dalam menjahanamkan harta negara. Penyelesaian yang dibuatnya cukup mudah iaitu JUAL!

Idris Jala pernah membuat penyelesaian yang amat dibangga-banggakannya iaitu MELUPUSKAN BEBERAPA ASET MAS kononnya sebagai cara mengembalikan keuntungan kepada syarikat penerbangan nasional tersebut.

Woi MENTERI BONGOK!

Kalau setakat nak selesaikan kerugian dengan menjual aset dan kemudian hasil jualan tersebut diisytiharkan sebagai keuntungan, TAK PAYAH JADI MENTERI LER... Pi balik kampung, belajar tanam padi lagi baik. Sekurang-kurangnya manalah tahu dengan hasil kerja tangan seorang BEKAS MENTERI, PADI BARIO akan berlipat kali ganda jumlah keluarannya dan boleh dieksport ke seluruh dunia.

Tahap apakah penilaian dan justifikasi yang digunakan oleh seorang Menteri seperti Idris Jala? Tak boleh selesai masalah, jual. Nak dapat untung, jual. Nak lari dari masalah, jual!

Atau sebenarnya Idris Jala sudah pun mempunyai pembeli berpotensi untuk MAS? Dari cadangan potential buyer itu ler kut, Idris Jala menyarankan agar Malaysia menjual syarikat penerbangan nasional dan tidak lagi perlu memiliki syarikat penerbangan sendiri. Dan cadangan daripada potential buyer itu jugalah kut, Malaysia 'HANYA PERLU' menyewa kapal terbang daripada syarikat yang membeli MAS dari Malaysia?

Boleh Pak Menteri jawab secara berterus-terang, SEBENARNYA BERAPA JUMLAH KOMISYEN yang bakal diperolehi oleh Pak Menteri hasil daripada cadangan menjual MAS? Berapa keuntungan kasar yang dijanjikan kepada Pak Menteri?

Takkan Pak Menteri saja-saja kut keluarkan cadangan seperti itu kalau tak ada keuntungan besar yang dijanjikan oleh potential buyer kut!

Apatah lagi dengan track record Idris Jala yang sememangnya amat gemar menjual segala-galanya sebagai penyelesaian dan kaedah pelupusan hutang yang sangat efektif, takkanlah kosong saja janjinya.

Ni, program menjual MAS termasuk dalam salah satu NKRA atau program PEMANDU juga ke? Apa kata selepas jual MAS, Idris Jala cadangkan pula agar Negara Malaysia dijual kepada syarikat asing, seperti mana Idris Jala dan kengkawannya mencadangkan agar Malaysia menerima TPPA? - TFK

No comments: