Geng Bas Sekolah

July 22, 2013

ISU PENCEROBOHAN TASIK BERA SUDAH LAMA DIBERI PERHATIAN


Berikutan pendedahan mengenai pencerobohan Tasik Bera seperti yang didedahkan didalam Utusan Malaysia, masalah ini sebenarnya sudahpun diberi perhatian oleh pihak berkuasa. Malah tindakan penguatkuasa pernah dijalankan oleh Pejabat Tanah Bera bersama pihak polis.

Walaubagaimanapun kerja kerja penguatkusaan berjalan perlahan menjelang PRU lepas kerana masalah masalah tertentu. Namun penguatkusaan akan terus dijalankan. Pihak penceroboh ini terdiri daripada pengusaha besar menggunakan orang asli disekitar kawasan berkenaan untuk menjalankan aktiviti haram itu. Selain itu, tangkapan dan penyitaan mesin juga pernah dilkukan terhadap penceroboh berkenaan.

Oleh itu isu ini sebenarnya adalah isu lama. Sehingga kini pihak berkuasa sentiasa memantau aktiviti aktiviti pencerobohan di Tasik Bera untuk menggelakkan ianya menjadi semakin berleluasa. Pihak berkuasa juga faham Tasik Bera adalah kawasan Ramsar yang diiktiraf dunia oleh itu perhatian sewajarnya telahpun diberikan. Pihak berkuasa amat berharap kerjasama orang ramai untuk memantau aktiviti pencerobohan Tasik Bera daripada berulang. - PahangKu

No comments: